Kenyataan Rasmi DPPNS

UMNO SELANGOR TIDAK SEDAR DIRI

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS) begitu optimis dengan apa yang berlaku berkaitan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangungjawaba dan Ketelusan Selangor(Selcat) kerana ianya menunjukkan bagaimana kerajaan pakatan rakyat selangor bersama parti-parti komponennya benar-benar bersungguh ingin membenteras penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat termasuk termasuk penyelewengan peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Januari hingga Mac bagi 2008 dan 2009 yang Berjumlah RM500,000 setiap DUN dihabiskan semasa dibawah pemerintahan UMNO yang lepas.


Apa yang berlaku juga menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan pakatan rakyat dimana parti komponen berhak menegur dan berlapang dada menerima teguran ke arah menambahbaik sistem pentadbiran kerajaan negeri.


Dewan Pemuda PAS Selangor berasa sangat gembira dan bersyukur kerana PAS dan DAP Selangor telah mencapai kata sepakat untuk duduk semeja pada 7 Oktober ini untuk berbincang dan merungkaikan perbezaan dan salah faham yang timbul dan ini membuktikan tidak timbul isu perpecahan Pakatan Rakyat Selangor yang cuba dimainkan oleh UMNO dan media.


DPPNS terkejut dengan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang gembira dan selesa dengan gelaran "Tukang Sorak" yang diberikan oleh MB Selangor yang sibuk mengulas isu-isu pentadbiran kerajaan negeri termasuk selcat dalam masa yang sama pengecut untuk hadir ke pendengaran awam selcat bila dia diminta berbuat demikian.

Khir Toyo dan ADUN BN sekali lagi dilihat tidak ikhlas dalam menegur Kerajaan Pakatan Rakyat dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat dengan menolak mentah-mentah dan menganggap sebagai membuang masa untuk hadir dan memberi pendapat dalam mesyuarat tertutup berkaitan selcat yang diadakan semalam.

Khir Toyo sebenarnya tidak layak untuk mempersoalkan selcat dan sewajarnya berasa malu dengan Isu Balkis yang berjaya dibongkarkan dalam sesi pendengaran awam Selcat baru-baru. Ini membuktikan betapa jahatnya UMNO dibawah pimpinan Khir Toyo bersama konco-konconya dalam menggunakan wang rakyat ini, bukan puluhan dan ratusan malah jutaan ringgit menjadi permainan UMNO.Terdapat lagi beberapa isu dan kejahatan UMNO yang seolah-olah dilupai oleh Khir Toyo seperti aduan-aduan rasuah semasa pemerintahan UMNO termasuk isu rumah kediaman Khir Toyo di Shah Alam dan sebagainya.


Ahmad Zaidy Abdul Mutalib
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Selangor

Laman Rasmi PRK Bagan Pinang

KENYATAAN MEDIA DATO' PJ

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

ada juga yang berduka di eidulfitri ini

Unit amal DPPKL membantu mangsa banjir di kampung Tanjung Sepat...

SEhari sebelum tibanya eidulfitri



Perutusan Aidilfitri Presiden PAS


Perutusan Hari Raya Presiden PAS
Presiden PAS


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Iklan




Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan �Eid Mubarak� kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Perutusan Khas Ketua Pemuda PAS Kuala Langat.


Oleh : Ust Rizuan Rahmat Dimasyqi

Ketua Dewan Pemuda Pas K.Langat

Ahli Majlis Daerah K.Langat

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri atau hari raya fitrah


Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib yang bermaksud menyatakan bahawa:

"Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai . Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.” Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat. Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Mudah2han Aidil yang disambut adalah hari kemenangan sebenar ummat khusus ummat Islam dinegara kita insyallah !

Bangunan Baru PAS Pasir Gudang


PAS Pasir Gudang - Untuk mewujudkan suasana yang kondiusif dan lebih selesa kepada ahli-ahli,PAS Pasir Gudang telah membeli sebuah bangunan akan dijadikan Pusat Tarbiah PAS.

Bangunan tiga tingkat yang terletak di Taman Mawar Pasir Gudang itu berjaya dibeli dengan harga Rm 320,0000. Ydp kawasan Haji Azhari berkata, pembelian bangunan itu juga disebabkan pusat tarbiah lama tidak lagi sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti dan program yang dirancang.

Selain itu,pusat tarbiah itu juga akan digunakan sebagai tempat untuk mengadakan ceramah, usrah, mesyuarat serta mengumpul semua lapisan masyarakat dengan merancang berbagai-bagai program,serta Pusat aduan rakyat.

Dengan itu pihak beliau meminta jasa baik dari orang ramai atau mana- mana institusi perniagaan menghulurkan sumbangan ikhlas dalam pelbagai bentuk untuk membolehkan pihaknya meneruskan kerja kerja ubah suai sedang di jalankan.

Sebarang pembayaran boleh di hubungi Haji Jailani, TEL 019 7140797 Gambar atas sekali selaku Pengerusi Ekonomi atau Ydp Kawasan Haji Azhari 0197533909.


BILA KUALA LANGAT...??

NEGERI JOHOR DARUL UMNO NI....

Konvoi PAs Selangor dan Sumbangan Aidlfitri Di Kanchong Darat





Program Ziarah Prihatin-part 3 (Bukit bukan sebarang bukit...Ini Bukit Kemandol )






Bukit Kemandol- Program yang masuk episod yang ketiga untuk bulan ramadhan ini,Dewan Pemuda PAS Kuala Langat meneruskan ekspidisi ke Perkampungan Orang Asli. Kali ini ke Kampung Bukit Kemandol.

Ekspidisi kali ini di ketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Langat,Ust Rizuan Rahmat merangkap Ahli Majlis Zon 3 yang bertanggungjawab ke atas kawasan ini. Dengan jumlah keluarga Islam yang ramai disini,kumpulan serahan telah di bahagikan kepada dua unit.

Menurut ketua Unit Amal Kuala Langat,Sdr Badrul Hisham A.Mubin turut sama menyertai program ini dan pasukan unit amal telah menyumbangkan Tepung gandum dengan jumlah yang banyak dalam program kali ini.

Nisa' kuala langat dan Muslimat dari Kg Batu 10 Kebun Bharu juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah ziarah ini.

Program Solat Dhuha,Solat Hajat & Sumbangan Aidilfitri Bersama Isteri Dato'Menteri Besar







Masjid Al Amin,Bt 9 Kebun Bharu.- Dewan Pemuda PAS Kuala Langat bersama anggota Unit Amalnya telah pun melaksanakan satu lagi program amal membantu masyaraka.Kali ini program sumbangan Aidilfitri bersama Isteri Dato' Menteri Besar Selangor,Puan Sri Salbiah.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha,solat hajat,munajat dan seterusnya penyampaian sumbangan untuk masyarakat fakir miskin.Program yang dianjurkan oleh PKM Sijangkang,BEKAWANIS dengan kerjasama Masjid Al amin bt 9 kebun bharu ini begitu menarik sekali selain pengisiannya sangat berbeza dengan program sumbangan sebelum-sebelum ini.

Dalam program ini,penerima sumbangan diajak untuk menunaikan solat sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang telah memberikan Rezeki dan keistimewaan kepada mereka.Ini adalah usaha murni untuk melatih mereka beribadah dan menambah kan dengan ibadah sunat yang lain.

Turut Hadir dalam program ini semua ketua kampung DUN sijangkang,Nazir2 masjid dan AJK masjid DUN sijangkang.

Program Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Orang Asli Kg Busut Baru,




Busut Baru,Seri Cheding,- Dewan Pemuda PAS dengan diwakili oleh Ketua Pemudanya,Ust Rizuan Rahmat telah menghadiri program berbuka puasa bersama masyarakat Islam orang asli di Kg Busut Baru.

Program yang dimulakan dengan tazkirah oleh ustaz rizuan kemudiannya diikuti dengan program berzikir dan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw.

Program juga di sertai oleh sebahagian besar warga tempatan dan AJK Masjid Nurul Hidayah Kg Seri Cheding berdekatan untuk sama-sama meraikan mereka.

Program juga diserikan dengan penyampaian sumbangan berupa bantuan persiapan Aidilfitri.Semoga Ketibaan Aidilfitri ini akan sama-sama dirasai oleh penduduk islam di kg busut baru.

Sumbangan Ramadhan Bersama YB ke Kg Medan dan Kawasan2 yang sewaktu dgnya...





KP berceramah semepena NUzul Quran di Masjid Nurul Hidayah,Seri Cheding


Soleh Teen -Tadarus Remaja 2009