kenyataan Media DPPNS



KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada YB. Dr. Abdul Rani bin Osman, ADUN Meru merangkap YDP Kawasan Kapar di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor selaku sayap kanan parti akan sentiasa komited dan istiqamah di dalam usaha untuk membantu Pesuruhjaya di dalam menggerakkan jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan politik negeri Selangor khususnya dalam persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor yang mengatakan perlantikkan YB. Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baru akan menjadi “mimpi ngeri yang berpanjangan” kepada UMNO/BN Selangor.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB. Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia di atas segala khidmat dan usaha keras beliau di dalam memartabatkan perjuangan PAS dan memantapkan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sehingga mencapai kemenangan bersejarah memerintah Negeri Selangor di dalam PRU ke 12 yang lalu sangatlah dihargai oleh seluruh saf pimpinan Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan.

Selain itu juga Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Dato’ Satim Deman supaya menjaga urusan partinya sendiri daripada meminta YAB Datok Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan YB. Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Ali daripada Kabinet EXCO Negeri Selangor selaras keputusan PAS tidak melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Ingin Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan bahawa jawatan YB Dato’ Dr. Hassan sebagai EXCO Negeri Selangor adalah hasil daripada persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan tidak membabitkan perubahan kepimpinan di peringkat sesebuah parti. Janganlah UMNO berlagak seperti anjing yang menyalak di luar rumah cuba mengambil kesempatan mencari publisiti politik murahan dengan mencampuri urusan parti orang lain sedangkan partinya sendiri penuh dengan masalah. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor cukup arif dan berpengalaman dalam mentadbir urus Negeri Selangor dan parti masing-masing tanpa campurtangan daripada pihak luar. Ketua pembangkang Dewan Negeri Selangor sepatutnya menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda UMNO Selayang, Dato’ Sohaimi Shahadan supaya tidak gopoh dalam mempertikaikan khutbah Jumaat baru-baru ini yang bertajuk “Janayah Qazaf adalah berdosa BESAR” daripada. Ini adalah kerana Qazaf dan Hudud sama seperti Sembahyang, Puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan.. Janganlah menjadi seperti pepatah Melayu “seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA DEWAN PEMUDA PAS

NEGERI SELANGOR

14 Jun 2011

Selamat Menjawab!

Perkataan 'Selamat Menjawab' biasa kita temui di dalam kertas peperiksaan. Ia bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar yang sedang berhempas-pulas mencari solusi bagi setiap soalan yang dikemukakan.

Kali ini DPPKL ingin menujukan frasa 'Selamat Menjawab' buat adik-adik PASTI Selangor umumnya serta adik-adik PASTI di daerah Kuala Langat khususnya. Alam peperiksaan telah menjelma buat pejuang-pejuang cilik kita dan diharapkan mereka dapat melaluinya dengan hati yang tenang dan sabar.

Ibu bapa juga diharap agar dapat memberi perhatian terhadap jagaan masing-masing. Temanilah mereka mengulangkaji kerana ia merupakan bukti sejauh mana kita mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Ucapan "Belajar elok-elok ye sayang" pada setiap pagi harus punya tindakan susulan..wallahua'lam..

Jawablah dengan PASTI wahai adik-adikku..

Qiamullail DPPKL

Sijangkang-Program qiamullail yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kuala Langat (DPPKL) telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Nurul Iman Kg. Batu 10. Program yang bermula pada jam 5.00 pagi telah diketuai oleh Lajnah Tarbiyah DPPKL.

Acara dimulai dengan qiamullail, solat subuh dan seterusnya 'Kuliah Subuh Karipap' yang disampaikan oleh Ustaz Rizuan Rahmat dengan tajuk yang amat menarik sekali, 'Tiga Dosa Besar'.

DPPKL amat tertarik dengan isi dosa besar yang pertama iaitu mensyirikkan Allah. Maksud syirik adalah menyatakan ada suatu kuasa lain yang menyamai mahupun dapat menandingi kekuassan Allah dan kebiasaannya dosa syirik yang masyarakat fahami adalah menyembah berhala.

Namun awas, kerana syirik juga berlaku apabila kita mempercayai ada sistem lain yang dapat menandingi sistem dan undang-undang yang Allah turunkan. Contohnya sistem kewangan, perniagaan dan pemerintahan yang bertentangan dengan Islam. Begitu juga jika kita mempertikaikan hukum yang qath'i(tidak boleh diubah dan disepakati) yang telah termaktub di dalam Al-quran dan Al-Hadis. Maka hendaklah kita yakin bahwa hukum Allah adalah yang terbaik sebagaimana kita diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi.

Penyertaan program ini amat memberangsangkan dengan kehadiran hampir mencecah 50 peserta termasuk pimpinan DPPKL dan masyarakat Kg. Batu 10. Syabas dan tahniah buat warga DPPKL kerana berjaya menganjurkan program yang membentuk kerohanian yang utuh dan mantap seperti ini. Semoga ia akan berterusan hingga Hari Kebangkitan dan dapat melahirkan masyarakat yang berjiwa HAMBA..

Ibrah Bola Sepak


Gol!!!!!!!!!!!!!!!!!.................................itulah lafaz spontan lagi penuh perasaan membuktikan betapa terujanya seseorang peminat terhadap kemenangan pasukan kegemarannya saat bola membolosi gawang lawan..keadaan padang yang licin akibat hujan lebat yang mencurah-curah tidak sekali-kali mematahkan semangat para pemain...ditambah pula oleh sorakan penonton menyemarakkan lagi api keazaman yang menyala-nyala di dalam diri..

Namun betapa ramai di antara kita yang hanya menonton tanpa mengambil sebarang iktibar daripadanya...banyak strategi dalam perlawanan bola sepak sebenarnya bola diapklikasikan dalam gelanggang siasah..cuma kita yang harus bijak menyusunnya mengikut keadaan semasa serta rentak permainan lawan..

latihan pengurusan strategi..

Keadaan padang permainan boleh diibrahkan kepada suasana..kita perlu tahu di mana lopak yang harus dihindari...adakah cuaca waktu itu akan menganggu hantaran bola mahupun garisan 'outside' yang harus diawasi..hantaran bola harus bersesuaian dengan keadaan padang..jika bola leret sepanjang perlawanan di atas padang yang becak akan membuatkan kita penat dan hantaran tidak dapat pergi jauh..corak bermain yang terlalu laju di atas padang yang licin juga berbahaya kerana kita akan mudah terjatuh..

Rentak permainan lawan juga harus diperhati dengan teliti..adakah mereka corak mereka bersifat menyerang mahupun bertahan?..jenis permainan laju lagi menerjah mahupun tenang?..usah terikut-ikut dengan rentak permainan lawan kerana ia akan memberi kelebihan kepada mereka..

Kemudian kita perlu lihat pada psikologi serta mood penonton..pihak penyokong lawan sudah tentu akan mengutuk kita..namun tidak kurang juga penyokong sendiri yang mengutuk di kala bola tersasar...namun, adakah itu semua mematahkan semangat untuk berbakti kepada mereka??usah terlalu terpengaruh dan makan hati dengan mereka..kita harus bersabar dan kutukan itu akan reda di saat kita bangkit merampas dan menggelecek bola ke dalam gawang lawan..hatta pihak lawan juga akan turut memuji skil permainan kita..

Kita juga harus punya prinsip untuk tidak bermain kotor..ia akan menyebabkan kita akan dibuang padang serta membantutkan sumbangan kepada pasukan..gunakan segala kemahiran hatta 'dummy' sekalipun selagi tidak dikira sebagai suatu kesalahan..malahan ia menunjukkan tahap keprofesionalan kita..itulah yang digunakan oleh rata-rata pasukan bola yang mahsyur di dunia..

Setelah semuanya dikaji barulah strategi permainan dapat diatur dengan baik..sebab itu ramai pasukan yang dapat bangkit pada separuh masa kedua..kerana faktor-faktor ini telah dikaji dengan baik..corak permainan serta cara menghantar bola dapat dirancang dengan efisyen sekali jika diserasikan dengan kelebihan pada pasukan kita..

Rancang dengan apa yang ada serta ikhlaskan niat menyumbang kepada penyokong dan penonton semata-mata kerana Allah...kerana matlamat kita adalah redha-Nya..bukan kerana harta mahupun pujian.






OPS ZIARAH KASIH RAMADHAN-EDISI 2






KLIK SINI UNTUK GAMBAR LAIN

munaqasyah ucapan dasar presiden












































ulasan oleh Assaury

TAMRIN DPP NEGERI SELANGOR

TAMRIN DPP NEGERI SELANGOR

Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang telah berjaya mengadakan Kursus Kepimpinan untuk semua kepimpinan pemuda peringkat negeri dan kawasan. Kursus selama dua hari itu berjalan lancar dengan sambutan yang baik dari semua peserta. Dengan kehadiran seramai 80 orang, para peserta dihidangkan dengan pengisian-pengisian yang cukup mantap dalam memaknakan kemenangan.

Program bermula Maghrib 23 Julai dengan pengisian pertamanya ialah pembentangan tiga buah kertas kerja. Penceramah yang merupakan timbalan ketua Akademi Tarbiyah DPPNS membentangkan beberapa perkara penting yang menyentuh kepentingan tarbiyah dalam perjuangan Islam. Seperti mana maklum tarbiyah memang telah lama berjalan dalam PAS. Namun penafian terhadap kepentingannya oleh sesetengah ahli amatlah mengecewakan. Sedangkan tarbiyahlah yang akan membentuk jiwa pejuang ahli-ahli PAS sehingga parti akan bangkit sebagai jemaah yang mengungguli kebajikan dan kepentingan agama dan rakyat. Penolakan terhadap perjalanan usrah, tamrin, kursus, kolokium, dan seminar dan sebagainya yang berbentuk tarbiyah hanya akan melambatkan wehdatul fikr(kesatuan fikiran) seterusnya membantutkan wehdatul amal (kesatuan kerja).

Para peserta juga dibentangkan pada malam 23 Julai itu dengan kertas kerja bertajuk Tarbiyah Ruhiyah- Penyucian Hati. Hakikatnya kesucian hati adalah kewajipan semua orang Islam dalam perjalanannya menuju Allah. Bagi petugas jemaah pula hal ini lebih-lebih lagi perlu diberi perhatian dalam usaha menarik rahmat Allah dalam kerja-kerja yang dijalankan.



24 Julai bermula dimulai dengan Jemaah Subuh dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Rizuan menyentuh berkaitan keperibadian petugas jemaah yang dimestikan meneliti sudut-sudut kehidupan agar jauh dari larangan Allah. Tentulah tidak betul takbir berbunyi seiring amalan riba dalam kehidupan harian. Utamanya pentazkirah menghuraikan kefahaman dari surah al-Asr. Gaya bersahaja Ustaz Rizuan menarik perhatian para pendengar berkaitan 4 syarat agar manusia tidak menjadi rugi dalam kehidupan.

Setelah beriadhah, hidangan minda seterusnya ialah dari ustaz Ridhuan Md Nor yang merupakan AJK DPP Pusat. Walaupun dalam keadaan kurang sihat beliau tetap bersemangat untuk bersama peserta kursus. Tetap berkobar jiwa beliau. Dan mengobarkan obor perjuangan dalam hati pendengar. Penjelasan beliau sangat menjawab masalah-masalah semasa. Kemudian dari itu adalah ceramah kepimpinan oleh ustaz Zulkifli Ismail. Beliau menyentuh berkaitan syarat pemimpin, ketaatan kepada pimpinan dan lain-lain berkaitan kebijaksanaan dalam memimpin.


Pada petang hari pula Dr Mahmud Zuhdi selaku AJK DPP Pusat pula mengambil tugas menyampaikan ceramah berkaitan cabaran semasa. Sejarah pergerakan PAS mewarnai ceramah beliau yang penuh dengan pesanan-pesanan dalam era penerimaan umum.

Terakhir sebelum majlis penutup, ceramah oleh Dr Sufian. Keseluruhan peserta dilihat sangat takjub dengan kehebatan Dr Sufian menerangkan pelbagai teori yang disusun dari realiti sebagai congakkan di masa depan. Ceramah ini juga disertai perbincangannya oleh Yang Berhormat Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang.

Penutup kemudiannya dirasmikan oleh YB Halimah Ali, ADUN Selat Klang yang merupakan juga Exco kerajaan Negeri Selangor.