TAMRIN DPP NEGERI SELANGOR

TAMRIN DPP NEGERI SELANGOR

Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang telah berjaya mengadakan Kursus Kepimpinan untuk semua kepimpinan pemuda peringkat negeri dan kawasan. Kursus selama dua hari itu berjalan lancar dengan sambutan yang baik dari semua peserta. Dengan kehadiran seramai 80 orang, para peserta dihidangkan dengan pengisian-pengisian yang cukup mantap dalam memaknakan kemenangan.

Program bermula Maghrib 23 Julai dengan pengisian pertamanya ialah pembentangan tiga buah kertas kerja. Penceramah yang merupakan timbalan ketua Akademi Tarbiyah DPPNS membentangkan beberapa perkara penting yang menyentuh kepentingan tarbiyah dalam perjuangan Islam. Seperti mana maklum tarbiyah memang telah lama berjalan dalam PAS. Namun penafian terhadap kepentingannya oleh sesetengah ahli amatlah mengecewakan. Sedangkan tarbiyahlah yang akan membentuk jiwa pejuang ahli-ahli PAS sehingga parti akan bangkit sebagai jemaah yang mengungguli kebajikan dan kepentingan agama dan rakyat. Penolakan terhadap perjalanan usrah, tamrin, kursus, kolokium, dan seminar dan sebagainya yang berbentuk tarbiyah hanya akan melambatkan wehdatul fikr(kesatuan fikiran) seterusnya membantutkan wehdatul amal (kesatuan kerja).

Para peserta juga dibentangkan pada malam 23 Julai itu dengan kertas kerja bertajuk Tarbiyah Ruhiyah- Penyucian Hati. Hakikatnya kesucian hati adalah kewajipan semua orang Islam dalam perjalanannya menuju Allah. Bagi petugas jemaah pula hal ini lebih-lebih lagi perlu diberi perhatian dalam usaha menarik rahmat Allah dalam kerja-kerja yang dijalankan.



24 Julai bermula dimulai dengan Jemaah Subuh dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Rizuan menyentuh berkaitan keperibadian petugas jemaah yang dimestikan meneliti sudut-sudut kehidupan agar jauh dari larangan Allah. Tentulah tidak betul takbir berbunyi seiring amalan riba dalam kehidupan harian. Utamanya pentazkirah menghuraikan kefahaman dari surah al-Asr. Gaya bersahaja Ustaz Rizuan menarik perhatian para pendengar berkaitan 4 syarat agar manusia tidak menjadi rugi dalam kehidupan.

Setelah beriadhah, hidangan minda seterusnya ialah dari ustaz Ridhuan Md Nor yang merupakan AJK DPP Pusat. Walaupun dalam keadaan kurang sihat beliau tetap bersemangat untuk bersama peserta kursus. Tetap berkobar jiwa beliau. Dan mengobarkan obor perjuangan dalam hati pendengar. Penjelasan beliau sangat menjawab masalah-masalah semasa. Kemudian dari itu adalah ceramah kepimpinan oleh ustaz Zulkifli Ismail. Beliau menyentuh berkaitan syarat pemimpin, ketaatan kepada pimpinan dan lain-lain berkaitan kebijaksanaan dalam memimpin.


Pada petang hari pula Dr Mahmud Zuhdi selaku AJK DPP Pusat pula mengambil tugas menyampaikan ceramah berkaitan cabaran semasa. Sejarah pergerakan PAS mewarnai ceramah beliau yang penuh dengan pesanan-pesanan dalam era penerimaan umum.

Terakhir sebelum majlis penutup, ceramah oleh Dr Sufian. Keseluruhan peserta dilihat sangat takjub dengan kehebatan Dr Sufian menerangkan pelbagai teori yang disusun dari realiti sebagai congakkan di masa depan. Ceramah ini juga disertai perbincangannya oleh Yang Berhormat Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang.

Penutup kemudiannya dirasmikan oleh YB Halimah Ali, ADUN Selat Klang yang merupakan juga Exco kerajaan Negeri Selangor.


















0 ulasan:

Post a Comment