TARBIYAH RUHIAH DPPKL

3 Julai 2010 - Satu program Tarbiyah Ruhiah telah diadakan di Surau Darul Mujahidin. Program Qiyamullail anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Langat ini merupakan kali ketiga yang diadakan pada tahun ini. bermula jam 4.00 pagi para peserta mula bangkit menunaikan solat-solat sunnat yang biasa dibuat. Pada jam 4.40 pagi, Ustaz Nik Bakri Nik Mat sebagai jemputan khas telah memulakan solat-solat jemaah beserta zikir-zikir pembangun jiwa.
Program yang sangat bermakna ini ditambah serinya dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Nik Bakri. Banyak perkara penting yang disentuh oleh beliau sepanjang menjelaskan makna Islam yang dipetik dari kitab Fiqh Dakwah. Antara lain yang jelaskan ialah Islam datang sebagai jawapan kepada 3 persoalan dalam kehidupan manusia. 1) Dari mana manusia datang. 2) Untuk apa manusia didatangkan ke dunia 3) ke mana nantinya akan dikembalikan. selain itu, perserta juga dapat memahami makna Islam yang lain iaitu Islam sebagai cahaya petunjuk untuk kehidupan.
Tahniah diucapkan kepada Tarbiah DPPKL yang berjaya menyusun dan menjalankan program yang sangat berharga ini. Semoga kerja-kerja tarbiyah akan terus mekar memaknai hidup pemuda-pemuda masa kini agar mampu mendepani segala cabaran mendatang.

0 ulasan:

Post a Comment