UMNO SELANGOR TIDAK SEDAR DIRI
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS) begitu optimis dengan apa yang berlaku berkaitan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangungjawaba dan Ketelusan Selangor(Selcat) kerana ianya menunjukkan bagaimana kerajaan pakatan rakyat selangor bersama parti-parti komponennya benar-benar bersungguh ingin membenteras penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat termasuk termasuk penyelewengan peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Januari hingga Mac bagi 2008 dan 2009 yang Berjumlah RM500,000 setiap DUN dihabiskan semasa dibawah pemerintahan UMNO yang lepas.
Apa yang berlaku juga menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan pakatan rakyat dimana parti komponen berhak menegur dan berlapang dada menerima teguran ke arah menambahbaik sistem pentadbiran kerajaan negeri.
Dewan Pemuda PAS Selangor berasa sangat gembira dan bersyukur kerana PAS dan DAP Selangor telah mencapai kata sepakat untuk duduk semeja pada 7 Oktober ini untuk berbincang dan merungkaikan perbezaan dan salah faham yang timbul dan ini membuktikan tidak timbul isu perpecahan Pakatan Rakyat Selangor yang cuba dimainkan oleh UMNO dan media.
DPPNS terkejut dengan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang gembira dan selesa dengan gelaran "Tukang Sorak" yang diberikan oleh MB Selangor yang sibuk mengulas isu-isu pentadbiran kerajaan negeri termasuk selcat dalam masa yang sama pengecut untuk hadir ke pendengaran awam selcat bila dia diminta berbuat demikian.
Khir Toyo dan ADUN BN sekali lagi dilihat tidak ikhlas dalam menegur Kerajaan Pakatan Rakyat dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat dengan menolak mentah-mentah dan menganggap sebagai membuang masa untuk hadir dan memberi pendapat dalam mesyuarat tertutup berkaitan selcat yang diadakan semalam.
Khir Toyo sebenarnya tidak layak untuk mempersoalkan selcat dan sewajarnya berasa malu dengan Isu Balkis yang berjaya dibongkarkan dalam sesi pendengaran awam Selcat baru-baru. Ini membuktikan betapa jahatnya UMNO dibawah pimpinan Khir Toyo bersama konco-konconya dalam menggunakan wang rakyat ini, bukan puluhan dan ratusan malah jutaan ringgit menjadi permainan UMNO.Terdapat lagi beberapa isu dan kejahatan UMNO yang seolah-olah dilupai oleh Khir Toyo seperti aduan-aduan rasuah semasa pemerintahan UMNO termasuk isu rumah kediaman Khir Toyo di Shah Alam dan sebagainya.
Ahmad Zaidy Abdul Mutalib
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Selangor
0 ulasan:
Post a Comment