konvensyen Setiusaha Dewan pemuda PAS se Malaysia






Pada Hari Sabtu, 6 Mac 2010, jam 7.30 pagi aku selaku satu-satunya wakil Kuala Langat keluar dari rumah menuju ke Anjung Rahmah, tempat berlangsungnya Konvensyen Setiausaha DPP Pusat. Jika kawasan lain ada Penolong Setiausaha. Mungkin mereka ada teman seperjalanan. Dengan buta jalannya, aku redah juga jalan ke sana setelah mendapat taklimat ringkat pada sebelah malamnya dari Kp DPPKL. “Ikut Kesas. Selepas 3 Tol. Ikut tanda jalan Kuantan. Kemudian ikut tanda jalan Gombak. Jumpa Greenwood. Terus. Jumpa simpang ambil kanan. Anta akan lihat Anjung Rahmah sebelah kanan jalan.” Itulah azimat penunjuk jalan. Menjadi pegangan dalam perjalanan ini.

Memang usaha bertanya sudah bagus tapi terlepas jalan juga. Tidak ketahuan dibuatnya bila terasa perjalanan semakin jauh dan pelik. Nasib baik ada ada SU DPPNS yang tahu dan sudi menyambut panggilan seterusnya menunjukkan jalan.

Alhamdulillah. Tiba juga aku ke tempat konvensyen. Program belum mula. Bayaran RM 10. kehadiran hari itu amat baik. Dari seluruh Negara. Sabah dan Serawak juga ada wakilnya. Kalau tidak silaplah.

Program ini amat baik. Sangat penting untuk dijalankan demi memastikan taklif difahami. Antara kertas kerja yang dibentang ialah “Tanggungjawab dan Peranan Setiausaha” oleh Penolong Setiausaha DPP Pusat, Taklimat dan Halatuju Pemuda PAS sesi 2009-2011 / Pengenalan Struktur Organisasi DPP” oleh Kamaruzaman Mohamad, Setiasaha DPP Pusat, “Taklimat Pindaan…” oleh Ustaz Kamal Asyari, “UKJ” Oleh IR Khairil Nizam selaku Penolong Setiausaha DPP Pusat, “Aplikasi Sistem SMS” Oleh TKP DPPNS, dan taklimat kempen-kempen.

Bagiku penceramah slot telah memberi yang terbaik dalam setiap slot. Namun paling menarik perhatian ialah YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar. Sangat semangat. Menggegar jiwa pendengar. Sabahagian kata-katanya bagaikan menampar setiap pendengar yang mungkin tidak mampu menggerakkan taklif dengan baik selama ini. Selain itu penjelasan berkaitan UKJ yang disebut sebagai Blue Ocean Strategy oleh penceramah juga amat jelas. Aku yang baru setahun jagung menjadi Setiausaha ini, disaat inilah aku merasa betapa pentingnya UKJ.

Terima kasih seketariat yang bersungguh-sungguh memastikan program ini berjalan lancar. Memang agak penat terlalu lama dalam program penerangan sebegini. Lebih-lebih lagi slot-slotnya berterusan dari pagi sehingga berakhir jam 6.10 petang. Namun itelah dijalankan dengan baik dan sangat meraikan kemampuan peserta. Dapat dilihat dari sudut bayaran pendaftaran dan waktu yang diambil. Hanya satu hari. Terima kasih sekali lagi.

Selepas solar Asar aku pun berangkat pulang. Bersendirian juga. Jalan? Fahmi si SU DPPNS sudah jelaskan. Sempurna dengan peta. Greenwood. Selepas Flyover ambil jalan kanan. Terus sahaja sehingga bertemu jalan membahagi dua. Ambil kanan menuju Hulu Kelang. Terus dan terus. Lega. Sampai juga ke Kuala Langat. Dan bersedia untuk Kolokium…

0 ulasan:

Post a Comment