USRAH HARAKIAH

29 Jun 2010 - Usrah Harakiah peringkat Kuala Langat telah diadakan di Pejabat PKM Sijangkang, Taman Perwira pada jam 9.40 malam. Usrah pembakar semangat itu telah disusun oleh Tarbiyah PAS Kuala Langat dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Sambutan yang diberikan oleh ahli boleh dikira baik untuk peringkat permulaan. Ustaz Rizuan Rahmat yang dijemput telah mengupas Fiqh Daulah dalam Usrah kali ini.
Sebelum ini buat kali pertama Usrah Harakiah Kuala Langat telah dibuat di Balai Islam PAS Kuala Langat. Penceramahnya ialah Ustaz Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan DPP Negeri Selangor. Gaya ceramah tenaga pengisi yang bersemangat menjadikan hadirin dilihat sangat berpuashati. Usrah anjuran Tarbiyah DPPKL ini berjalan dengan baik dengan kehadiran melebihi 30 orang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tarbiyah PAS kawasan Kuala Langat dan DPPKL yang telah mengambil inisiatif berguna ini untuk memberikan lebih kefahaman kepada ahli di Kuala Langat. Hakikatnya ahli sangat dahagakan siraman iman dan semangat haraki dalam menempuhi perjalanan dakwah penuh liku. Diharapkan agar program tarbiyah pembangun jiwa akan diteruskan dan dibaiki demi memajukan pengamalan Islam khususnya di Kuala Langat ini Insyallah.

demo memcela yahudi laknatullah!





Pada 4 Jun 2010 telah diadakan Himpunan Aman Membantah Israel. Himpunan tersebut telah berjaya menghimpun ribuan rakyat Malaysia. DPPKL tidak ketinggalan mendatang bersama himpunan ini penunjuk-penunjuk perasaan sebagai menunjukkan rasa bersama dalam membantah kezaliman Israel. Bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Kg Baru, penunjuk perasaan berjalan lebih kurang tiga kilometer menuju ke bangunan Kedutaan Amerika. Hancur Yahudi! Hidup Islam!