CINTA JIHAD

Hari ini hari penghulu segala hari. 26 Jun. Terlalu banyak keisti8mewaan yang Allah sediakan kepada sesiapa yang sudi merebut ganjaran pahalanya. Hadir awal ke masjid merupakan salah satu perkara tuntutan kepada Muslimin. Pahala unta, lembu, ayam dan telur telah siap sedia untuk dibahagi-bahagi. Untungnya sesiapa yang ada kelapangan untuk hadir awal. Bagi yang bekerja hari Jumaat juga sepatutnya boleh mendapat ganjaran pahala terbaik. Cuma kita terkadang lapar. Makan dahulu. Mengantuk tidur dahulu. Acara lain? Banyak. Semuanya bergantung kepada kesungguhan kita.
Saya sendiri sebenarnya termasuk antara golongan yang kurang beruntung. Hanya semata terpaksa melayan mata dahulu. Sampai sahaja ke Masjid Hidayah Telok Panglima Garang, kedengaran sudah suara bilal sayu mengumandangkan azan pertama. Rugi pada hari ini berganda sebenarnya kerana tidak dapat mendengar Tazkirah sebelum Jumaat.
Azan hari agak berlainan bunyinya dengan azan hari-hari yang lain. Tidak mengapalah. Tetapi apabila direnung-renung khatib yang ada siap di atas mimbar juga orang agak asing bagi masjid ini. Cuma saya rasa seperti mengenalinya cuba diingat-ingat. Tidak ketemu jawapan.
Khutbah bermula. Gaya penyampaiannya sangat berbeza dari biasa. Bukan memandang rendah pada Imam sedia ada. Tetapi khatib ini ada kelebihannya. saya sungguh-sungguh melihat wajah si khatib. Isi khutbahnya juga saya amati sebaiknya. Memang sangat menarik perhatian saya. Kelihatan sidang Jumaat yang lain juga memberi tumpuan. Ada yang mengangguk-angguk. Saya rasa dia adalah Ustaz Zubir bin Embong. Kalau tidak silaplah.
Antara perkara penting dalam khutbahnya ialah berkaitan dengan perasaan umat Islam terhadap saudara seislam yang sedang dalam penderitaan. Beliau juga menyebut berkaitan pengukuhan institusi masjid yang sepatutnya menjadi tempat persaudaraan, program sosial dan sebagainya. Saya sangat terasa dengan satu ayat yang dibacanya. Cebisan dari surah At-Taubah. Firman Allah:

Maksudnya:
. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
( Surah At-Taubah ayat 24)

Ayat ini sangat hampir sebenarnya dengan telinga para pejuang agama Allah, walaupun ayat ini sebenarnya melibas setiap pipi-pipi umat Islam. Jelas sekali Allah mahukan kita meletakkan kecintaan teragung kita hanya kepada Allah, Rasul dan Jihad. Apabila hal ini terealisasi agama Allah Allah pasti akan menjadi seperti mana yang disebut oleh Nabi “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.”
Memang jika semua manusia di dunia ini menghina Islam pun, ia tetap mulia di sisi Allah. Mulia yang saya katakan Islam akan mulia itu ialah seluruh manusia akan melihat Islam sebagai penaung keadilan, merasakan Islam benar-benar agung, dan menutup setiap mulut yang dengan bongkak mendabik dada mengatakan dia mampu menghurai 1001 kesilapan Quran, 1001 ketidakadilan Islam, 1001 tasybih kenabian Muhammad SAW bahkan 1001 ketidakbenaran aqidah bawaan penghulu Rasul.
Kembali melihat ayat di atas, di sini kita perlu koreksi diri. Selaku orang yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan, apakah yang menjadi kecintaan dalam diri kita? Jika bangun pagi sibuk memikir bagaimana untuk menambah kekayaan. Setiap masa mulut hanya bercakap cara membesarkan rumah yang sedia besar. Sentiasa sahaja teringat kecantikan kereta mewah yang sangat diangan-angankan. Belum lagi dengan kecintaan kepada keluarga, Isteri dan anak-anak. Adakah ini semua menunjukkan kita melebihkan Allah, Rasul dan jihad? Bukan bererti di sini kita perlu menghilangkan cinta-cinta yang lain. Kita masih perlu sayangkan rumah, harta, keluarga dan lain-lain. Tetapi jangan sampai cinta-cinta itu menjadikan cinta Allah, Rasul dan Jihad terkemudian. Bererti hati kita harus menyimpan 1001 kecintaan. Mungkin contoh yang dibawa agak jauh dari kita. Pada pandangan sebahagian kita. Lihat pula bagaimana kita mengutamakan Jemaah dari lain-lainnya. Amat malang jika program Jemaah tidak mendapat sokongan dari ahli Jemaah sendiri. Sibuk mencari kelemahan dalam program yang diatur. Lupa agaknya untuk memberi idea, bantuan tenaga, wang ringgit. “mahal la…”, “ Memalukan PKM betul”, “Apa punya Unit Amal la…. Tak bergerak”. Seharusnya kalimah-kalimah seperti ini ditukar dengan kalimah-kalimah yang menunjukkan sebuah perbincangan. Bukan mengkondem. Cukuplah dengan musuh yang sedia ada. Jangan kita membina persepsi permusuhan dalam Jemaah yang mulia ini.
Semoga di minggu-minggu mendatang, saya akan diberi kekuatan lagi menyampaikan di medan ini hasil tadahan khutbah Jumaat.



TITIPAN PERJALANAN ; MANEK URAi

TITIPAN PERJALANAN ; MANEK URAI

nukilan: Assaury




Pada 18 Jun 2009 lebih kurang jam 11.00 pagi lebih kurang saya menerima mesej dari saudara Sayuti Ketua Lajnah Pilihanraya DPPNS. Meminta setiap kawasan agar dapat menghantar wakil ke majlis pelancaran jentera pemuda PAS untuk Pilihanraya Manek Urai. Setelah dimajukan mesej tersebut kepada sahabat- sahabat dalam Kuala Langat, tiada yang bersedia. Mungkin terlalu singkat waktu. Maklum sahaja mesej diterima hari Khamis untuk pergi ke Kelantan yang begitu jauh pada malam ini juga. Terfikir juga mungkin beginilah agaknya tarbiyyah Ikhwan Muslimun yang pernah saya dengar sebelum ini. Saya sendiri terfikir adakah saya sendiri dalam keadaan lapang sekalipun mampu untuk menerima panggilan begitu dengan senang. Saya juga teringat dalam buku Usrah Peringkat Taarif yang menjelaskan antara tujuan usrah ialah untuk membina One Button Mobilization.(entah betul entah tidak tulisan bahasa inggeris ini?) yang saya aham ialah untuk membina jamaah yang akan bergerak pantas dengan satu arahan terus.

Pada petangnya saya hubungi Ketua Pemuda Kawasan berkaitan hal ini. Dia minta saya majukan kepada sahabat-sahabat Pemuda Kawasan dengan disediakan tambang dan wang keperluan kepada sesiapa yang pergi. Setelah dimajukan maluman tersebut masih tiada yang sanggup. Saya hubungi Saudara Sayuti memberitahu Kuala Langat masih belum ada yang boleh pergi tetapi jika ada saya akan hubungi dia secepat mungkin untuk pergi bersamanya pada jam 12.00 malam 18 Jun tersebut.

Akhirnya saya sendiri membuat keputusan untuk pergi. Sebenarnya saya teringin sangat pergi kerana saya belum sekali pun jejak kaki ke bumi Kelantan itu. Kini peluang mengembara sudah di depan mata. Perkataan tak pernah jejak kaki ke Kelantan mesti dihapuskan dari lembaran pengalaman hidup saya. Dengan persiapan ala kadar saya membonceng motosikal ke Shah Alam bertemu dengan Sayuti yang baru selesai mesyuarat. Setelah Azmi, seorang lagi sahabat sampai ke rumah Sayuti, pada jam 1.00 pagi kami terus bergerak dengan Avanza Sayuti. Kami singgah ke suatu tempat di bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil seorang lagi peserta perjalanan. Zulfadli namanya.

Zulfadli menjadi pemandu. Perjalanan diteruskan dalam keadaan perut saya teruk berkeroncong. “Kita akan berhenti makan di Genting Sempah Insyaallah” begitu kata Sayuti. Perjalanan yang jauh itu di tengah malam buta membatkan saya tidak mengambil masa lama untuk terlena. Memang tidak sedap tidur dalam kereta. Tapi saya boleh dikira antara orang yang boleh tidur mana sahaja tempat terutama di waktu letih. Buka sahaja mata, Genting Sempah sudah pun ditnggal jauh. Allah… perut aku.

Akhirnya pada jam 3.40 pagi kami berhenti juga makan di sebuah kedai. Saya tidak ingat dimana. Tapi masih dalam Pahang. Itulah antara kelebihan saya. Tak ingat nama tempat. Yang pasti bila perjalanan diteruskan kami menghala ke Gua Musang.

Selepas sahaja makan saya mencuba pula memandu. Saya memang tidak tahu jalan. Tapi pakar-pakar perjalanan yang ada bersama saya sedia membantu. Kurang lebih sejam saya memandu. Minyak ditangki perlu diisi. Hanya ada satu Petronas yang kami temui. Itu pun tutup. Akhirnya kami berkubu di situ menunggu stesen dibuka dari jam 5.00 hingga 6.30 pagi. Pada waktu itu acara tidur bermula lagi. Subuh di situ dan meneruskan perjalanan.

Kami menuju pula arah Kota Baharu. Masuk ke kawasan Parlimen Kuala Krai. Di situ kami melalui Kg Laloh dan beberapa kampong lagi sebelum sampai ke Markaz Besar Manek Urai pada jam 8.50 pagi. Masjid Hasmiah menjadi transit kami besiap. 9.15 pagi kami bergerak menuju ke Lata Rek tempat pelancaran jentera yang memang akan berlangsung pada jam 9.30 pagi. Kenderaan kami rupanya sedang mengekori kenderaan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi. Sepanjang jalan dalam kawasan Manek Urai itu dapat dilihat bendera-bendera PAS dan BN berkibar. Memang kalau nak ikut yang menang bendera ketika itu BNlah. Sepanduk-sepanduk juga sudah banyak dipasang.

Kalau hendak dikira kawasan DUN Manek Urai ini agak besar juga.agaknya hampir sasama dengan keluasan Parlimen Kuala Langat. Agaknya la… Tapi tidak mustahil juga jika kita lihat kepada penempatannya yang agak jauh antara satu sama lain. Sangat berbeza dengan kawasan DUN saya, Sijangkang. Kecil sahaja kerana kepadatan penduduk. Taman-taman perumahan tumbuh bagai cendawan.

Sampai di Lata Rek, sebuah tempat peranginan kenderaan sudah mula memenuhi kiri kanan jalan. Air terjun Lata Rek itu sangat memanggil saya. Ingin sahaja rasanya terjun ketika itu juga. Para petugas Pemuda yang hadir disediakan baju bergambarkan ‘Tok Guru’. Moto juga dituliskan di belakang baju. “Tok Guru memimpin, Manek Urai berkat”. Petugas-petugas itu ditempatkan di bawah khemah yang disediakan. 500 orang petugas Pemuda DUN yang hadir pada hari itu. Bagi saya bilangan ini sangat besar. Bukan 500 pengundi PAS. Bukan 500 penyokong PAS. Bukan 500 petugas PAS kawasan. Tetapi 500 petugas Pemuda DUN sahaja. Jadi bilangan petugas keseluruhan yang ada dalam DUN berapa? Pengundi penyokong pula? Tentulah lebih dari bilangan petugas-petugas ini. Kalau sepanjang perjalan saya memikirkan kemungkinan BN akan ada peluang melihatkan situasi dalaman parti semasa. Namun melihat suasana pagi itu saya sangat berkeyakinan kekuatan jentera dan sokongan pengundi di situ untuk PAS.

Antara yang hadir dalam majlis pelancaran ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, YB Abd Latif Abd Rahman, YB Abd Fatah Haron, dan YB Husam Musa. Ucapan demi ucapan pagi itu sangat menarik perhatian. Memberi semangat. Ditambah dengan mood para hadirin yang sangat baik seperti yang digambarkan dalam sapaan dan sorak mereka.

Perhimpunan dua jam lebih itu tamat dengan bacaan Doa Wehdah. Bacaan para peserta dengan penuh semangat menggambarkan kesatuan hati dan betapa membaranya jiwa mereka untuk melihat kemenangan Parti Islam Semalaysia. Jam 12.15 tengahari kami bergerak ke Markaz Besar Manek Urai. Menziarahi sahabat-sahabat petugas di markaz. Kemudian menuju ke rumah Penghulu Kg. Chucuh Putri selaku ketua rumah Selangor. Jaraknya lebih kurang 15 Kilometer melalui jalan Kg. Sungai Soh. Kami mendapat maklumat pada malam tersebut akan diadakan ceramah berhadapan Balai Polis Chucuh Putri.

Jam 1.30 tengahari kami bergerak menuju ke Kota Baharu untuk melawat bandar yang sejak dulu saya dengar pelbagai hal tentangnya sejak Kelantan berada di bawah pemerintahan PAS. Jarak dari Chucuh Putri ke Kota Baharu lebih kurang 100 kilometer. Dalam perjalanan kami dapat melihat dengan jelas tiga buah helikopter yang membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri yang datang ke Sg Soh. Di Kota Baharu kami makan di Pasar Siti Khadijah. Seronok betul rasanya. Lauk pauk yang ditawarkan besar-besar dan sangat berpatutan. Selepas solat Asar dan Zohor secara jamak, saya membeli belah pakaian di tingkat atas Pasar Siti Khadijah. Jam 6.00 petang kami bergerak menuju ke Manek Urai semula. Solat Maghrib dan Isyak secara jamak di Masjid Hasmiah. Kemudian terus ke Kg. Chucuh Putri untuk mengikuti ceramah yang disampaikan oleh YB Iskandar Samad dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan. Keletihan yang amat sangat membuatkan saya tertidur di tengah padang itu. Jam 12.00 tengah malam kami bergerak pulang ke Shah Alam.

Kini saya sudah pun mengakhiri sebuah enigma tidak pernah jejak kaki ke Kelantan

GILA JAWATAN ATAU GILA KERJA?

GILA JAWATAN ATAU GILA KERJA?


NUKILAN: Assaury

Dalam sembang-sembang dengan kawan-kawan, saya banyak mendengar hal-hal berkaitan ketidaksediaan beberapa ahli jemaah menerima kedudukan ahli lain dalam jemaah. Kedudukan dalam jawatan. Lebih-lebih lagi pasca pemerintahan Kerajaan Baharu Negeri Selangor. Jawatan-jawatan di peringkat DUN, peringkat kawasan, peringkat PBT dan sebagainya bagaikan harta ghanimah yang cuba dibahagi-bahagi. Gambaran harta ghanimah mungkin bukan dari pihak penerima. Dari pihak yang membahagi. Atau mungkin gambaran tersebut tidak wujud pun. Tetapi kita dapat mengesan beberapa masalah.

Mungkin sebagai gambaran bagi menjelaskan letak duduk hal yang ingin dibincangkan ialah masalah merungut tidak diberikan jawatan. Menggendong ke hulu dan ke hilir masalah yang dilihatnya masalah besar. Memberi gambaran ketidakadilan pimpinan kawasan memberi jawatan. Ketidakadilan ADUN membahagi jawatan. Semua keputusan dilihat tidak betul. Salah. Membelakangkan orang yang layak. Dan berbagai-bagai lagi masalah lain yang cuba ditimbulkan.

Lebih buruk perangai lagi ialah terkadang si pembawa mulut ini sendiri ada dalam mesyuarat yang memutuskan sesuatu keputusan. Tetapi agak mengecewakan. Mereka tidak mampu menghormati keputusan yang dipersetujui bersama. Tidak belajar adab mesyuaratkah? Sekian lama berada dalam jemaah Islam masih tidak mampu menyerahkan wala’. Kalau pun masih tidak bersetuju, perlukah dibawa hal tersebut ke kedai kopi? Biar semua orang tahu buruknya pimpinan. Ahli jemaah jenis apa yang begitu berani membuka pintu tembok kubu untuk musuh menerobos masuk? Akhirnya jemaah sendiri yang rugi.

Ada yang lebih buruk lagi. Satu golongan yang diberi jawatan. Menolak. Apabila jawatan diserah kepada orang lain, mulalah mengata itu dan ini. Terkadang sanggup kata “Aku tak dibagi jawatan tu…?” Diberi menolak. Orang lain terima merengek. Cakap bagai orang munafik. Menipu orang lain seolah dia tidak pernah ditawar jawatan tersebut.

Ada yang lagi buruk. Tetapi sebenarnya saya sendiri tidak mampu menyebut di sini. Mungkin sahabat-sahabat sendiri boleh fikirkan sikap-sikap buruk yang berkaitan dengan masalah ini. Mungkin kita fikir masalah ini berlaku di sekitar ahli bawahan. Bagaimana dengan pimpinan? Saya bukan pimpinan. Saya tidak tahu. Saya menulis hanya untuk memberitahu; ini bukan Gila jawatan atau gila kerja. Tapi gila isim mahu menghancurkan jemaah.

Dari masalah ini kita perlu mencari punca. Punca perlu diperbetul. Jangan dibiar mengakar umbi. Kelak istana yang dilihat sangat indah memuncak, rupanya mempunyai tiang-tiang yang tidak cukup kuat menongkat. Tiangnya tiang yang tidak sesuai dengan kebesaran istana.

Mungkin banyak punca permasalahan yang akan kita jumpa. Saya hanya ingin sebut satu sahaja. Tarbiah. Tarbiah tidak ada. Mungkin tidak subur. Atau mungkin tidak cukup untuk menyuburkan hati sebahagian para pejuang. Apa yang penting ialah semua ahli jemaah perlulah sedia untuk ditarbiah. Tidak wujud lagi mekanisme mewajibkan kehadiran ke usrah. Memang tidak ada. Ini bukan kampus. Ini alam nyata. Politik nyata.

Semuanya bergantung pada kesediaan diri ahli jemaah.

Oleh itu saya menyeru kepada semua ahli jemaah yang cintakan agama, agar dapat meletakkan kepentingan jemaah lebih dari kepentingan peribadi. Buanglah sikap merasakan diri sendiri lebih. Tidak mengapa menonjol diri untuk membantu jemaah. Tetapi tetaplah bekerja walaupun hanya sebagai ahli biasa.

APA NAMA KITA DALAM TELEFON BIMBIT ORANG?

APA NAMA KITA DALAM TELEFON BIMBIT ORANG?


NUKILAN: assaury

Hari ini hari saya kekosongan. Dengan maksud tiada apa program dalam masa ini. Saya cuba mengisi waktu dengan membuat kerja rumah. Dalam penuh semangat menyidai pakaian, tiba-tiba telefon berbunyi tanda saya menerima mesej. Dari Anuar. Abang Nuar. Lantas terfikir “best juga kalau save nama Pak Long ni dengan nama BENOIT. Ha ha.”

Kemudian saya terus terfikir beberapa nama lain lagi yang mungkin boleh ditukar menjadi nama yang agak menarik. Otak yang tidak berapa kreatif ini diselongkar setiap sudutnya demi memenuhi kehendak idea tadi. Sambil tangan terus menyidai baju yang masih berbaki. Saya juga terfikir beberapa nama yang menjadikan saya agak hangin dengannya. Saya dapati sebahagiannya saya tulis dengan tidak ditulis nama yang layak untuknya.

Kalau mungkin dia orang kuat mana-mana jabatan, paling kurang ada nama ringkas jabatan. Seperti JPS, PPD atau lain-lain lagi bagi menentukan memudahkan kita mengnalinya. Kalau dia ustaz saya biasanya akan tulis U. Seperti U Haizul untuk ustaz Haizul. Saya yakin inilah yang dibuat oleh kebanyakan pemilik telefon bimbit. Tetapi bagi orang yang saya katakan tadi, membuatkan saya hangin titlenya akan hilang. Kalau Ustaz sudah tiada ‘U’ dipangkalnya.

Dalam peringkat yang lebih kritikal saya terfikir tentu ada orang yang meletakkan title yang teruk-teruk kepada orang yang tidak disukainya tetapi terpaksa simpan nombor telefon tersebut kerana terpaksa juga berurusan dengan orang tersebut. Mungkin beruk. Mungkin hampeh. Mungkin… yang ntah hapahapa lagi.

Dalam masa saya menulis artikel yang seberapa penting ini saya terfikir pula bagaimana pula dengan telefon yang siap memaparkan gambar orang yang didail? Hm… orang dibenci harus diletakkan gambar yang #%@&^!. Tentu sekali mengerikan.! Paling kurang gambar tukul atau apa sahaja yangmenunjukkan gambaran kita tentang orang tersebut.

Akhirnya saya berfikir untuk sekali-skala mencuba telefon bimbit sahabat-sahabat dengan mendail nombor saya sendiri untuk melihat apa agaknya nama saya dalam telefonnya. Atau apa agaknya gambar yang diletak untuk menggambarkan diri saya. Pernahkah sahabat-sahabat melihat nama dalam telefon isteri atau suami? Hah… mungin ada sesuatu yang sangat mengerikan untuk menggambarkan sikap panas baran sahabat sekalian. Tapi nasihat saya, kalau sahabat adalah orang yang memang baran baik jangan cek… ha ha ha.
AYUH! BERSIAP SEDIA...

Ekspedisi Bukit Tabuh

Briged Amal
Kuala Langat

TARIKH:
18,19 Julai 2009
Hari Sabtu & Ahad


TEMPAT:
BUKIT TABUH, TAMAN MELAWATI
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


ANJURAN:
IXC TRAINING AND CONSULTANT
SERTA BRIGED AMAL K. LANGAT
DENGAN KERJASAMA
PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT
DUN SIJANGKANG

Pemuda PAS bersama Rakyat dalam Program " Youth In Community'



Menteri Besar Selangor merasmikan program Belia Dalam Masyarakat
Monday, 22 June 2009



Taman Jaya Utama telok Panglima Garang.
Seramai lebih kurang 200 orang belia telah berkumpul di Taman Jaya Utama untuk melancarkan satu program yang dinamakan “Belia Dalam Masyarakat”. Belia-belia ini adalah terdiri dari beberapa NGO dan juga belia-belia persatuan taman Jaya Utama. Antara NGO yang terlibat adalah Unit Amal, Bridge Amal, Yayasan Amal dan belia MPP Zon 4.



Menurut ADUN Sijangkang , Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Timb. EXCO Belia negeri Selangor, matlamat Belia Dalam Masyarakat adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan belia tentang pentingnya melakukan kerja-kerja komuniti, meningkatkan penentuan kendiri masyarakat setempat, mewujudkan suasana harmoni dikalangan penduduk setempat dan merapatkan jurang di antara belia dan masyarakat. Image

Dalam ucapan perasmian yang di lakukan oleh Menteri Besar Selangor , beliau menyatakan bahawa belia adalah satu asset yang besar kepada pembangunan, samada diperingkat tempatan, negeri atau pun negara

Katanya tenaga belia perlu digembleng secara bersepadu dan diberi peluang mengetengahkan potensi diri termasuklah memimpin pertubuhan belia bukan sahaja dalam masyarakat setempatnya malahan di setiap zon, majlis tempatan dan negeri.

Image Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan penggerak belia tempatan yang mempunyai tiga peringkat organisasi iaitu di peringkat negeri yang diwakili oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri, antaranya ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi; ADUN Teratai, Jenice Lee dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shairi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ZON.

Sebagai tanda perasmian Menteri Besar telah menanam beberapa pokok bersama dengan VIP-VIP yang hadir pada masa itu.
Antara VIP yang hadir adalah terdiri daripada Ahli Parliman kuala Langat, Adun dari Telok datok. ADUN Teratai ADUN Batu Caves , YDP Majlis daerah kuala Langat, DO Kuala Langat dan Penghulu Mukim Telok panglima garang. Image

Program ini telah ditamatkan pada jam 1:00 tengah hari dengan ucapan oleh YB ADUN Sijangkang dan acara penyampaian sijil kepada pesrta-pesrta yang terlibat. - Shah

Tok Guru tarik balik kenyataan terhadap Ust Nasha

JEMAAH JUGA YANG TERKORBAN

JEMAAH JUGA YANG TERKORBAN

nukilan: Ustaz Nuresman B Ramli ( S/U DPP KL)

‘Tiada Islam tanpa Jamaah.’

Biasa sahaja kata-kata hikmah ini meniti bibir para penceramah, menjadi hasil tinta para penulis membuatkan hampir setiap orang yang meneliti tulisan-tulisan berkaitan haraki dan para pencinta ceramah pembakar jiwa perjuangan dapat mengesan kalimah keramat ini dengan begitu mudah. Memang sangat cantik ayat pendek ini. Menunjukkan betapa Islam ini akan maju dan berkembang dengan kerja-kerja yang dibuat secara kolektif. Lebih tersusun. Malah mampu berhadapan dengan seribu rintangan dengan suatu mekanisme: saling menguatkan.

Sesungguhnya keindahan Islam ini telah banyak diperbincangkan. Dan bukan itu yang ingin dibincangkan di sini. Cuma bagaimana keindahan itu akan dirasai oleh seluruh umat akhir zaman ini. Itu fokus kita. Hal ini sangat berkaitan dengan dakwah yang menjadi akar asas agama suci dari langit ini. Ketepuan aliran dakwah dalam masyarakat hanya akan mengakibatkan kefahaman Islam terperuk di suatu sudut, dalam masa sama kejahilan, kezaliman, dan keruntuhan akhlak tetap menjadi virus yang sangat mudah merebak dan berjangkit. Jangkitannya tidak hanya kepada masyarakat yang rendah pengetahuannya, bahkan lulusan pHD bahagian Tasawwuf pun tidak selamat jika antibodi iman dan taqwa tidak bertindak.

Untuk itu dakwah perlu disuburkan. Amar ma’ruf Nahi munkar. Itulah isi dakwah. Bil hikmah Wal Mau’izatil Hasanah. Itulah kaedahnya. Cuma seboleh-bolehnya dakwah ini dibuat dalam sebuah jamaah. Bukan tidak boleh berserangan. Tidak salah bersendirian. Kerja dakwah itu tetap akan mendapat bantuan Allah jika menepati Aulawiyat semasa. Dengan maksud; tahu kaedah mana yang utama pada masa ini, tahu apa ini yang utama perlu disampaikan. Cuma dengan berjemaah mad’u akan melihat dakwah itu bergerak secara besar-besaran. Tiada ruang untuk melarikan diri dari bertemu dengan si da’ie lagi selepas ini kerana kumpulan ini ramai dan akan dijumpai di mana-mana jua. Di sini dapat dilihat betapa cantiknya kata-kata indah ini.

Firman Allah :

žwÎ) (#rãÏÿZs? öNà6ö/Éjyèム$¹/#xtã $VÏ9r& öAÏö7oKó¡our $·Böqs% öNà2uŽöxî Ÿwur çnràÒs? $\«øx©3 ª!$#ur 4n?tã Èe@à2 &äó_x« 퍃Ïs% ÇÌÒÈ

Maksud ayat :

39. jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 39 Surah A-Taubah)

Tetapi bukan bermakna Islam pasti hancur bila tiada jamaah. Kerana Allahlah penjaga sebenar jamaah ini. Pencipta agung ini ada caranya sendiri untuk menjaga agamanya. Telah dijelaskannya jika kita sendiri tidak berjuang, Dia akan gantikan dengan golongan lain yang pasti akan terus membawa Islam ke puncak gemilang. Islam tidak berkudis sedikit pun. Jelasnya, jamaah Islam akan terus hidup dan dijaga walaupun ribuan kaki-kaki yang pernah diberi peluang tertegak atas landasan perjuangan mundur, gugur, berpaling bahkan mengkhianat.

Lihat sahaja Turki, sebuah Negara yang dahulunya penyimpan kesinambungan khilafah Islam, diranapkan kegemilangan itu dengan kesungguhan sebuah perancangan yang sangat tersusun. Namun Islam tidak hilang. Tekanan demi tekanan tidak mampu mencabut akar Islam yang pernah tertanam, terpasak dalam. Dekad ini, kita melihat percubaan dan usaha yang dibuat oleh para pejuang di sana untuk mengembalikan kegemilangan yang penah dicapai.

Bagaimana dengan kita? Perjalanan masih jauh. Dalam jarak yang sangat singkat dalam perjalanan kita bersama jamaah ini pun kita dapat melihat ciri-ciri keguguran dari medan di sekeliling kita. Hanya kerana malas program jemaah ditinggalkan. Persepsi buruk terhadap atasan membuat kita mengabaikan mesyuarat. Berkebun yang menjadi kerja tambahan sahaja pun masih mampu mengikat hati kita lantas menjadikan sahabat dua tiga orang sahaja yang menggerakkan program jamaah. Berziarah orang yang setiap minggu diziarahi juga membuatkan sebahagian kita sukar membuat pilihan apabila bertembung dengan program jamaah. Dalam banyak keadaan kita lebih sanggup mengorbankan jemaah dari hal-hal yang sepatutnya boleh dikemudiankan.

Jika kita merujuk dalam tulisan Fathi Yakan, Golongan yang gugur dalam perjuangan (Al-mutasaqitun ala Toriqid Dakwah) dijelaskan sebab-sebab gugur dan keadaan orang yang gugur dalam perjuangan. Sangat baik untuk menjadi tatapan para pejuang. Dari situ kita teliti diri kita. ‘Apa yang saya sudah sumbangkan kepada jamaah?’ ‘Cukupkan dengan sekadar saya menjadi ahli kemudian menunggu hari pemilihan untuk memilih jamaah Islam tanda sokongan?’

Walhasil, seruan kepada semua: letakkan ISLAM di hati, fahami keindahannya, perjuangkan kesinambungannya, biar mati kita tetap bersamanya. Doakan diri kita dan keluarga, sahabat dan saudara-mara, kawan dan tetangga diberi hidayah untuk berada dalam perjuangan dan taufiq untuk terus tsabat.

Minta puasa sekejap dari komen Kerajaan Perpaduan



Pertemuan antara pimpinan tertinggi sedang dilakukan..

Timbalan Mursyidul Am, Naib Presiden (dato tuan ibrahim), ajk dewan ulama (ust nik zawawi) dah jumpa TGNA
hari ini (sabtu), presiden & timbalan presiden dijadualkan bertemu TGNA.
kita sbg ahli bawahan ni diharap dapat 'puasa' kejap dari mengeluarkan apa2 kenyataan yg bersifat "mendahului presiden".

Sementara itu mari 'review' sikit ucapan dasar presiden pd muktamar ke-54 di ipoh yg semua perwakilan telah setuju melalui agenda "menyokong ucapan dasar presiden" :
(mari pakat semak, bahagian mana yg TGHH & UNMI dah langgar...)

12. Dalam pilihanraya yang lalu kita terus melaksanakan Thahaluf Siyasi, dengan
parti-parti dan semua pihak yang bersahabat dengan kita. Keputusan ini tidak dibuat
oleh mana-mana individu secara berseorangan dalam PAS. Perkara yang sebegini
besar telah menempuh proses perbincangan, penghujahan dan diperhalusi
menerusi Jawatankuasa Politik dan Jawatankuasa PAS Pusat, dan diputuskan oleh
Majlis Syura Ulama.

13. Persefahaman dan kerjasama ini diwujudkan di atas titik persamaan keadilan
untuk semua dan bersama-sama menentang kezaliman dan penyelewengan
sehingga membuahkan slogan Negara Berkebajikan, tanpa menyentuh hak mana-mana
parti politik dalam pakatan dengan ideologi perjuangannya.

14. Sekiranya kita meninjau pasang-surut sejarah perjuangan PAS sejak dari
puluhan tahun lalu, PAS tidak pernah mengkhianati kesetiaannya dengan janji. PAS
tetap teguh dengan janji ini selama mana ianya tidak dikhianati. Sekali lagi saya
ingin menegaskan bahawa PAS adalah setia dengan persefahaman ini.

15. Pada masa yang sama,
PAS sebagai sebuah parti siyasah, dakwah dan
tarbiyah, hendaklah juga berjiwa besar dengan menyahut ajakan semua pihak yang
menghulur tangan untuk menyelesaikan masalah ummah dan sekalian ahli
masyarakat. Ini adalah kerana Al-Quran dan Sunnah yang menjadi panduan tertinggi
telah mengajar kita supaya bersikap terbuka mencari kebaikan dan menolak fasad.

Maka PAS menerima segala undangan daripada mana-mana parti politik dan juga
NGO dari dalam dan luar negara. PAS banyak melibatkan diri dalam muzakarah,
seminar, forum dan lain-lain bagi menyampaikan mesej Islam yang kita dukung.

16. Pertemuan yang kita adakan ini pula wajar dilakukan dengan berhati-hati dan
bijak, dan bukannya bertujuan untuk menjadi penyelamat kepada mana-mana pihak
yang sedang terkapai-kapai kelemasan. PAS juga sekali-kali tidak akan bersama
dengan mana-mana parti dan kerajaan yang sedang dilanda penyakit.


Ramai kwn2 berhujah, "kita jgn dipatuk dlm lubang yg sama 2X".
Rasanya tidak tepat ungkapan tu krn konsep 'kerajaan perpaduan' baru pertama kali dilontarkan, dulu kita dgn umno sbg kerajaan campuran (tp ana lebih nampak mcm kita jadi parti komponen je masa tu), bukan kerajaan perpaduan...antara dua tu berlainan antara satu sama lain.

sesape yg belum tengok video2 penjelasan ttg kerajaan perpaduan, rajin2kn diri...paling tidak pun tgk klip pertama 1:43 hingga 5:31 & ke-6 je (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'.


(Apa itu Kerajaan Perpaduan?...1:43 hingga 5:31)
(Apa kewajaran?.... 6:06 hingga 9:42)
* perbincangan sebeginilah yg diharapkan oleh tghh bila lontaran idea telah dibuat....seterusnya menggarap kefahaman menyeluruh, barulah akan masuk peringkat bincang utk laksana atau tidak (slps timbang buruk baik kpd islam).

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA&feature=related
(peluang menguasai? 0:50 hingga 1:15 & 2:40 hingga 2:43)
(kenapa timbul selepas krisis perak? untuk 'test market'... 4:11 hingga 6:04)
Kenapa "KERAJAAN PERPADUAN?", BUKAN "KERAJAAN CAMPURAN" dengan umno?
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 2/4 : http://www.youtube.com/watch?v=KXUdW-f-ycs&feature=related
(4:07 hingga 4:53)... Idea kerajaan perpaduan dah dilontar lame dah 6:30
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 3/4 : http://www.youtube.com/watch?v=FgyCwXoRRns&feature=related
(5:40 hingga 6:25)
mesti libatkan semua parti / pihak (termasuk dap & pkr....bukan syarat baru, tghh dah sebut sblm ni)
Adakah TGNA diberi maklumat salah? (wallahua'lam)
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4
(buktinya ada dlm klip tu sendiri..tgk pd minit ke 1:40 hingga 1:52 - TGNA sebenarnya setuju dgn konsep kerajaan perpaduan)
TGHH terpaksa tarik balik sbb ramai tak faham (termasuk ahli pas totok yg "kuat bertakbir tapi pas tak kuat, sbb dia hanya kuat takbir tp kerja tak jalan"-Ust Idris Ahmad)

Setelah anda mengikuti klip ke-6 (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'..
kepada sesiapa yg telah 'TERSILAP BRIEFING' kat TGNA, tolong betulkan semula situasi yg sedang berkecamuk ini DEMI ISLAM.
"yang pahit itu b iasanya ubat"...
walLahu'aklam

Selangor akan perkukuhkan program belia dan masyarakat

Selangor akan perkukuhkan program belia dan masyarakat
Muhammad Arif Ismail
Mon | Jun 15, 09 | 5:30:31 pm MYT

TAMAN MEDAN, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia, Dr. Ahmad Yunus Hairi menegaskan kerajaan Selangor akan memperkukuhkan program kemasyarakatan dengan melibatkan golongan belia.


"Saya ditugaskan dalam portfolio pendidikan dan kemsyarakatan serta akan memberi tumpuan kepada aspek ini dengan sebaik mungkin dan antara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya ada program belia dalam masyarakat.

"Kita akan mengadakan program belia dalam aktiviti kemasyarakatan yang pertama di negeri Selangor iaiatu pada minggu depan, 21 Jun di Sijangkang," beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Perasmian Dataran Anak Muda Petaling Jaya Selatan yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam.

Menurut beliau, program belia bersama masyarakat itu bakal diadakan, di Taman Telok Panglima Garang dan Taman Jaya Utama, di mana semua belia sama ada belia tempatan di kawasan taman itu dan juga Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ada di sekitar supaya turun bersama-sama masyarakat bagi membuat satu program belia.

Program itu katanya, "akan diadakan di padang, kerja untuk meratakan tanah merah dan kita beli tanah merah, kita juga akan melibatkan belia-belia tempatan di kawasan itu.

"Ini merupakan satu permintaan daripada Ahli Jawatankuasa Penduduk supaya kawasan padang kecil itu diperuntukkan untuk dijadikan tempat permainan kanak-kanak. Oleh itu, kita libat semua tempat lain termasuk jugak program yang diadakan di Balai Raya dan Surau yang berdekatan dengan padang itu," katanya.

Beliau menambah, pihak kerajaan negeri akan membuat program yang sama di seluruh negeri Selangor dan di setiap 24 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan bagi pembangunan belia.

Jadi katanya, "kita mahu semua belia di Selangor, terlibat dalam semua program kemasyarakatan dan kita tidak mahu belia ada hala tuju mereka sendiri serta masyarakat dengan hala tujunya sendiri."

Ketika diminta mengulas mengenai perasmian Program Dataran Anak Muda Petaling Jaya Selatan, Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, beliau berkata," program yang diadakan pada hari ini pun sangat cantik, sekurang-kurangnya belia mempunyai tempat untuk mereka membuat program yang berfaedah dan sekaligus gejala sosial dapat dihapuskan.

"Apabila ada wadahnya pandailah belia buat program mereka, di samping itu, kita akan selia dan memantau program ini setiap masa agar ia berjalan dengan sewajarnya," katanya. - mks._

blog pesta Suka PASTI SeMalaysia

Kem Kembara Islam


Kem Kembara Islam

Tarikh -12-13 june 2009

Bermula jumaat 3 ptg ~ berakhir sabtu 5 ptg.

Tempat : Masjid Al-Firdaus, Kg Sungai Rambai

Teluk Panglima Garang, Kuala Langat ,selangor.

Tema : Menggapai Bintang.

Objektif: Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang keutamaan dan kepentingan

masa dan pelajaran pada waktu yang sama tidak mengabaikan keperluan rohani

dan jasmani.

Sasaran : Pelajar – pelajar sekolah menengah.

Anjuran : Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sijangkang melalui IXC training Konsultan, Dewan Pemuda Pas serta kerjasama Amal nisa.

Perasmian penutup – Yang Berhormat Dr Ahmad Yunus Hairi, Ahli Dewan Undangan bagi Kawasan Dun Sijangkang.

Komen Y/B : Merasa cukup gembira dengan penyertaan pelajar dalam aktiviti yang bermanfaat pada cuti persekolahan. Pada waktu yang sama dapat mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang memberi faedah kepada penduduk setempat.

Pengarah program – En Mulyadi Bin Mohd Sadar

Komen: Berdasarkan kaji selidik dari pelajar yang mengikuti program ini, kami menganggap ianya berjaya serta memberi kefahaman yang cukup bererti kepada setiap pelajar. Daripada jumlah peserta yang mengikuti program ini seramai 30 orang, pihak IXC training and consultant berpuas hati dengan maklum balas dan kerjasama dari setiap pelajar yang melalui program ini. Untuk program hujung tahun ini pihak kami berharap dapat meneruskan program ini dengan menumpukan kepada aspek jati diri pelajar disamping juga memberi penekanan kepada aspek jasmani. Aktiviti flying fox, berkayak dan jungle tracking juga akan dimasukkan dalam modul pada hujung tahun ini. Pihak kami berterimakasih kepada pihak pengurusan masjid dan PKM Dun Sijangkang yang memberi kami peluang untuk berkhidmat pada masyarakat setempat.

Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman
_