APA NAMA KITA DALAM TELEFON BIMBIT ORANG?

APA NAMA KITA DALAM TELEFON BIMBIT ORANG?


NUKILAN: assaury

Hari ini hari saya kekosongan. Dengan maksud tiada apa program dalam masa ini. Saya cuba mengisi waktu dengan membuat kerja rumah. Dalam penuh semangat menyidai pakaian, tiba-tiba telefon berbunyi tanda saya menerima mesej. Dari Anuar. Abang Nuar. Lantas terfikir “best juga kalau save nama Pak Long ni dengan nama BENOIT. Ha ha.”

Kemudian saya terus terfikir beberapa nama lain lagi yang mungkin boleh ditukar menjadi nama yang agak menarik. Otak yang tidak berapa kreatif ini diselongkar setiap sudutnya demi memenuhi kehendak idea tadi. Sambil tangan terus menyidai baju yang masih berbaki. Saya juga terfikir beberapa nama yang menjadikan saya agak hangin dengannya. Saya dapati sebahagiannya saya tulis dengan tidak ditulis nama yang layak untuknya.

Kalau mungkin dia orang kuat mana-mana jabatan, paling kurang ada nama ringkas jabatan. Seperti JPS, PPD atau lain-lain lagi bagi menentukan memudahkan kita mengnalinya. Kalau dia ustaz saya biasanya akan tulis U. Seperti U Haizul untuk ustaz Haizul. Saya yakin inilah yang dibuat oleh kebanyakan pemilik telefon bimbit. Tetapi bagi orang yang saya katakan tadi, membuatkan saya hangin titlenya akan hilang. Kalau Ustaz sudah tiada ‘U’ dipangkalnya.

Dalam peringkat yang lebih kritikal saya terfikir tentu ada orang yang meletakkan title yang teruk-teruk kepada orang yang tidak disukainya tetapi terpaksa simpan nombor telefon tersebut kerana terpaksa juga berurusan dengan orang tersebut. Mungkin beruk. Mungkin hampeh. Mungkin… yang ntah hapahapa lagi.

Dalam masa saya menulis artikel yang seberapa penting ini saya terfikir pula bagaimana pula dengan telefon yang siap memaparkan gambar orang yang didail? Hm… orang dibenci harus diletakkan gambar yang #%@&^!. Tentu sekali mengerikan.! Paling kurang gambar tukul atau apa sahaja yangmenunjukkan gambaran kita tentang orang tersebut.

Akhirnya saya berfikir untuk sekali-skala mencuba telefon bimbit sahabat-sahabat dengan mendail nombor saya sendiri untuk melihat apa agaknya nama saya dalam telefonnya. Atau apa agaknya gambar yang diletak untuk menggambarkan diri saya. Pernahkah sahabat-sahabat melihat nama dalam telefon isteri atau suami? Hah… mungin ada sesuatu yang sangat mengerikan untuk menggambarkan sikap panas baran sahabat sekalian. Tapi nasihat saya, kalau sahabat adalah orang yang memang baran baik jangan cek… ha ha ha.

0 ulasan:

Post a Comment