Pemuda PAS bersama Rakyat dalam Program " Youth In Community'



Menteri Besar Selangor merasmikan program Belia Dalam Masyarakat
Monday, 22 June 2009



Taman Jaya Utama telok Panglima Garang.
Seramai lebih kurang 200 orang belia telah berkumpul di Taman Jaya Utama untuk melancarkan satu program yang dinamakan “Belia Dalam Masyarakat”. Belia-belia ini adalah terdiri dari beberapa NGO dan juga belia-belia persatuan taman Jaya Utama. Antara NGO yang terlibat adalah Unit Amal, Bridge Amal, Yayasan Amal dan belia MPP Zon 4.



Menurut ADUN Sijangkang , Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Timb. EXCO Belia negeri Selangor, matlamat Belia Dalam Masyarakat adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan belia tentang pentingnya melakukan kerja-kerja komuniti, meningkatkan penentuan kendiri masyarakat setempat, mewujudkan suasana harmoni dikalangan penduduk setempat dan merapatkan jurang di antara belia dan masyarakat. Image

Dalam ucapan perasmian yang di lakukan oleh Menteri Besar Selangor , beliau menyatakan bahawa belia adalah satu asset yang besar kepada pembangunan, samada diperingkat tempatan, negeri atau pun negara

Katanya tenaga belia perlu digembleng secara bersepadu dan diberi peluang mengetengahkan potensi diri termasuklah memimpin pertubuhan belia bukan sahaja dalam masyarakat setempatnya malahan di setiap zon, majlis tempatan dan negeri.

Image Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan penggerak belia tempatan yang mempunyai tiga peringkat organisasi iaitu di peringkat negeri yang diwakili oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri, antaranya ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi; ADUN Teratai, Jenice Lee dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shairi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ZON.

Sebagai tanda perasmian Menteri Besar telah menanam beberapa pokok bersama dengan VIP-VIP yang hadir pada masa itu.
Antara VIP yang hadir adalah terdiri daripada Ahli Parliman kuala Langat, Adun dari Telok datok. ADUN Teratai ADUN Batu Caves , YDP Majlis daerah kuala Langat, DO Kuala Langat dan Penghulu Mukim Telok panglima garang. Image

Program ini telah ditamatkan pada jam 1:00 tengah hari dengan ucapan oleh YB ADUN Sijangkang dan acara penyampaian sijil kepada pesrta-pesrta yang terlibat. - Shah

0 ulasan:

Post a Comment