Sambutan Hari Guru & Konvokesyen Mualimah PASTI Selangor 2009

Salam..
Sambutan Hari Guru & Majlis Konvokesyen Guru PASTI Selangor 2009 telah diadakan pada 23may'09 (SABTU) bertempat di Bangunan Perpusatakaan
Negeri Selangor , Shah Alam.
Majlis dirasmikan oleh YB Dr.Che Rosli Bin Che Mat -Ahli Parlimen Hulu Langat

Tokoh guru cemerlang PASTI Kawasan Kuala Langat yang terpilih ialah Mualimah Saemah Bt. Haiyon dari PASTI Nurul Syahadah Kg. Medan

Seramai 6 orang guru PASTI Kuala Langat telah dianugerahkan SIJIL sempena Majlis Konvokesyen Guru PASTI Selangor
Meraka adalah
Mualimah Sakilah bt. kusnan - PASTI NURUL SYAHADAH, KG. MEDAN
Mualimah Aishah Bt. Abd. Rahman - PASTI NURUL HIDAYAH, SERI CHEEDING
Mualimah Junaidah Bt. Misar - PASTI NURUL HIDAYAH, SERI CHEEDING
Mualimah Norliza bt. Harun - PASTI HIDAYAH1, SIJANGKANG
Mualimah Rosnidah Bt. Kassim - PASTI HIDAYAH1, SIJANGKANG
Mualimah Siti Masyitah Bt. Abdul Halim - PASTI HIDAYAH 3 , TAMAN SRI MEDAN , T.P.GARANG


dilampirkan gambar semasa program tersebut
Guru Cemerlang Kuala Langat - Mualimah Pn . Saemah- PASTI Nurul Syahadah KG Medan.TAHNIAH Dari DPPKL.
( Harap ketua pemudanya pun cemerlang ye! )



konvokesyen Mualimah...




mualimah pasti sedang membaca ikrar...taat setia sepanjang hayat



perasmi dan pengurus pasti...ikrar juge..hehehe..yang tak setel payment tu , konfom kena tulahan


Pemangku Pengerusi PASTI kuala Langat,Akhi Badrul sedang asyik menulis..Tulis surat tunjuk sebab ke..surat nak letak jawatan Wallahuaklam..


KEM KEMBARA ISLAM 2009



SIRI KEM KEMBARA

ISLAM

Tarikh :

12 & 13 JUN 2009

( Jumaat & sabtu )

Tempat :

Masjid Al Firdaus Kg Sg Rambai

42700 Banting Selangor.


Dianjurkan Oleh;

Islamic Explorer Camp ( IXC )

Dengan kerjasama :

Nisa’, Jabatan Amal dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sijangkang & Morib

Yuran : Hanya RM 50

TARIKH TUTUP : 6 JUN 2009

CARA MENDAFTAR :-

IXC 09 <> <>

Dan hantar ke salah satu no berikut :-

Nizam ( 012-3647369 )

Norfaizah ( 013-2037126 )

Muliadi (013-3948108)

Diana ( 013-2287571 )

SENARAI TERKINI CALON PIMPINAN DPP PUSAT


PENGERUSI TETAP (MTB)
Misbahul Munir Masduki, Ustaz


TIMBALAN PENGERUSI TETAP (MTB)
Aris Awang


KETUA
(MTB)
Nasrudin Hassan, Ustaz


TIMBALAN KETUA
(MTB)
Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz


NAIB KETUA
(MTB)
Ahmad Sabki Yusof


AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN

1. Abdullah Abdul Karim
2. Adly Zahari
3. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB Ustaz
4. Ahmad Izzat Shauki, YB Ustaz
5. Firdaus Masod
6. Herman Samsudeen
7. Kamal Ashaari, Ustaz
8. Kamaruzaman Mohamad
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Mohd Adram Bin Musa
11. Mohd Firdaus Jaafar, YB
12. Mohd Nazri Chik Zain , Ustaz Hj
13. Mohd Sany Hamzan
14. Mohd Sufian Ibrahim
15. Nasir Zakaria,YB Ustaz
16. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
17. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
18. Riduan Mad Nor, Ustaz
19. Rosli Allani Abd Kadir, Dr
20. Suhaizan Kaiat
21. Wan Sukairi Wan Abdullah
22. Mohd Yusni Mat Piah
23. Zuraidin Abdullah


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

* MERAH : CALON SELANGOR

TAKBIR! PIMPINAN MELAKSANAKAN SYURO....

Sultan Selangor selamat kembali ke tanah air


Sultan Selangor selamat kembali ke tanah air

SEPANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat pulang ke tanah air hari ini, selepas menjalani pembedahan jantung (Mitral Valve Repair) di Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California pada 2 Mei lepas.

Pesawat yang membawa baginda mendarat kirakira pukul 3.40 petang dekat Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Sebaik turun daripada pesawat, baginda yang berjaket coklat dan berseluar hitam kelihatan ceria sambil bersalaman dengan kenamaan dan pegawaipegawai kanan kerajaan negeri Selangor yang menunggu ketibaan baginda.

Turut berangkat hadir menyambut ketibaan baginda ialah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar dan beberapa anggota exco Selangor turut menyambut ketibaan baginda.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sultan Sharafuddin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakyat yang telah mengadakan sembahyang hajat serta mendoakan keselamatan baginda.

Sementara itu doktor peribadi baginda, Datuk Dr Anuar Masduki berkata Tuanku masih perlu berehat dan dinasihatkan tidak melakukan tugastugas rasmi sekurang-kurangnya selama enam minggu.

"Kesihatan Tuanku bertambah baik tetapi masih dalam jagaan dari segi ubat yang diperlukan. Rawatan susulan pula akan dibuat di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya selain itu saya juga akan datang ke istana berkala," katanya ketika ditemui pemberita.

Sultan Sharafuddin berangkat ke California pada 29 April, diiringi adindanya Tengku Indera Setia Selangor Tengku Ahmad Shah, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Selangor Datuk Zakaria Abdul Rahman, dan Ahli Dewan Diraja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir. BERNAMA

IXC KEMBALI LAGI......


SUDAH TIDAK SABAR UNTUK KE KEM IXC!!!???

KINI IXC BAKAL MUNCUL LAGI...

Tunggu.........

program tasmiyyah dan tahnik


Akhi Badrul kita baru sahaja menimang cahayamata...
Tahniah untuk pejuang yang seterusnya.
Keahlian pemuda bertambah 1 lagi..

UMNO kena talkin??

Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

majlis talqin umno funeral prayer 200509Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.

Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Tamrin 2009


Kekhusyukan peserta mendengar pengisian yang diberikan...khusyukkkkk


Ahli Tamrin berpelukan selepas tamatnya tamrin tanda ukhwah yang terbina begitu ampuh


Peserta bergambar bersama Al fathil Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman ,Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka & Ustaz Fauzi Husin ,Mantan Timbalan ketua Pemuda PAS Negeri Kedah.(Penceramah Slot Tamrin)




Alhamdulillah Tamrin DPPKL dapat dilaksanakan Juga setelah beberapa kali tertunda. Syabas Diucapkan kepada Akhi Azhar Satar yang elah bertungkus lumus menjalankan tamrin ini.Dengan pengisian yang hebat2...sungguh menarik kalau dapat di applykan ke peringkat negeri.

Antara yang menariknya pengisian dari Al fadhil Ustaz Fauzi,mantan Timbalan ketua pemuda PAS kedah...menceritakan pengalaman beliau selama 25 Tahun berada di dalam pemuda dan pengalaman beliau bersama jamaah-jamaah islam di seluruh dunia. Dengan masa yang agak terbatas..dan penyertaan yang agak 'pecah panggung'.Next time kena buat lagi..

gambar boleh download kat sini

Assalamu'alaikum...
Untuk makluman anda sahaja
sehingga april, terdapat PASTI yang bertukar Pengurus & Ketua Guru (PIC)
PASTI ASSYAFIE (pengurus & Ketua Guru ) , PASTI NURUL IMAN (pengurus sahaja) & Nurl Hidayah S.Cheeding (Pengurus sahaja)


Aktiviti PASTI Bulan May 2009
[1]. SAMBUTAN HARI GURU & MAJLIS KONVOKESYEN -peringkat PASTI Negeri Selangor
tarikh : 23may 09 (SABTU)-SABTU 2.30ptg
tempat : Perpustakaan Negeri Selangor-Shah Alam

[2]. PESTA SUKAN PASTI Peringkat Neger Selangor (Futsal & Bolajaring)
tarikh : 31May'09 (AHAD)-9.00pagi- 3.00ptg
tempat : UNISEL , Rawang

Terima kasih

KENYATAAN BALAS ISU PAS PELOPOR RASUAH POLITIK

KENYATAAN BALAS ISU PAS PELOPOR RASUAH POLITIK




Ketua Pemuda UMNO Selangor seharusnya memahami bahawa janji syurga dan janji neraka adalah merupakan janji Allah yang direkodkan dlam al-quran terhadap balasan baik dan buruk seseorang hambanya.

Justeru PAS sebagai sebuah parti Islam yang konsisten dengan perjuangan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran bertanggungjawab untuk menyampaikan janji-janji Allah tersebut untuk kebaikan manusia itu sediri. Cthnya sesiapa yang melakukan kezaliman maka balasannya adalah dosa dan dosa membawa ke neraka.

PAS sangat gembira sekiranya masyarakat menerima janji-janji tersebut sebagai bukti penerimaan mereka terhadap dakwah yang di bawa oleh PAS. Kita yakin masyarakat pengundi hari ini adalah sangat matang untuk menilai janji PAS itu sebagai sesuatu yang benar dan bukan sogokan politik.

UMNO jgn memandang rendah integriti masyarakat hari ini yang tidak mudah disogok dengan rasuah wang dan pembangunan.

Kefahaman terhadap balasan syurga neraka juga menjadi benteng penghalang bagi ahli dan pemimpin PAS daripada terjebakdengan gejala yang tidak sihat dan mungkar.

Sehubungan itu tuduhan politik wang terhadap PAS adalah tidak berasas dan tiada bukti pernah dikemukakan. Pembangkang hanya membangkitkan isu ini untuk mengalih pandangan masyarakat yang sedia maklum sebenarnya mereka yang bergelumang dengan politik wang disamping kecemburuan mereka terhadap perkembangan baik dari sudut peningkatan sokngan rakyat terhadap PAS.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Selangor







Khir Toyo digantung setahun

DUN S'gor: Khir Toyo digantung setahun

May 19, 09 5:32pm

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

khir toyo and selangor state assemblyEkoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Ia diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alalm untuk membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis - Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor - yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir - Datin Zaharah Kechik - sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Sementara itu, ketika dihubungi selepas pengumuman tersebut dibuat, Dr Mohd Khir berkata beliau belum menerima surat berhubung hukuman tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Muktamar DPPNS 2009


Ustaz Muliadi - Ketua Jabatan Pembangunan Remaja


Ustaz Sazli - Ketua Lajnah Sukan & Kebudayaan


Akhi Azhar Satar - Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPKL


Akhi Roslini - S/U PASTI Kuala Langat


Akhi Syahrin - NKP DPPKL

sof perwakilan pemuda Kuala Langat .Dari Kiri Akhi Anuar Ishak,Akhi Azhar,Ustaz Nuresman,Ustaz Rizuan(KP),Akhi HairulNizam



perwakilan pemuda kawasan-kawasan



Akhi Badrul -Paling Kiri ,Penyelaras Amal Kawasan Merangkap Pemangku Pengerusi PASTI Kuala Langat.


Dewan Pemuda PAS Kuala Langat merasakan muktamar kali ini sangat baik dan isu-isu yang dibahaskan sangat menepati waqik semasa.Masalah-masalah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor & beberapa isu dalaman yang perlu diambil perhatian oleh Exco DPPNS yang baru.

Ramai yang melihat pemuda kurang menyerlah tahun lalu.Untuk Sesi ini, Lakukanlah yang terbaik untuk menatijahkan Islam Mentadbir bukan ditadbir!

Sepak mula...

Assalamualaikum wrh mth

Selamat datang diucapkan pada semua diatas kunjungan ke Blog ini.

Ini adalah merupakan Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Kuala Langat bermulanya sesi 2009-2011.

Di harapkan kehadiran blog ini bagi menggantikan dppkl.multiply.com akan menambahbaik dan menjana Dppkl ke arah yang lebih baik di masa hadapan.

::Satukan Perjuangan::

Salam Sepak mula dari moderator
TKP DPPKL.