Briged Amal masak bubur lambuk






5 September 2009, Kuala Langat (BASE) - Pasukan Sukarelawan SPIES iaitu Briged Amal Selangor telah mengembangkan lagi aktiviti memasak dan mengedar bubur lambuk di sekitar kawasan DUN Sijangkang, Kuala Langat. Hampir seramai 110 orang remaja serta belia di kawasan ini telah menyertai Program Amal Ramadhan 2009 tersebut.
Program tersebut telah di sempurnakan perasmiannya oleh YB Dr Ahmad Yunus Hairi, Ahli Dewan Negeri Sijangkang. Dalam ucapannya beliau sangat berbangga dengan respons dari remaja dan belia di situ kerana bersama dalam mengedarkan bubur lambuk tersebut kepada beberapa buah surau dan agensi kerajaan seperti Balai Polis, Balai Bomba dan sebagainya. Sikap ingin membantu masyarakat ini adalah contoh yang sangat baik untuk remaja yang lain.
Penyelaras Program Amal Ramadhan 2009 DUN Sijangkang iaitu En. Jamil Senir, menyatakan sebanyak 4 periuk telah di gunakan untuk memasak bubur dan boleh menghasilkan sehingga lebih 1,000 bekas bubur.

0 ulasan:

Post a Comment