Qiamullail DPPKL

Sijangkang-Program qiamullail yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kuala Langat (DPPKL) telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Nurul Iman Kg. Batu 10. Program yang bermula pada jam 5.00 pagi telah diketuai oleh Lajnah Tarbiyah DPPKL.

Acara dimulai dengan qiamullail, solat subuh dan seterusnya 'Kuliah Subuh Karipap' yang disampaikan oleh Ustaz Rizuan Rahmat dengan tajuk yang amat menarik sekali, 'Tiga Dosa Besar'.

DPPKL amat tertarik dengan isi dosa besar yang pertama iaitu mensyirikkan Allah. Maksud syirik adalah menyatakan ada suatu kuasa lain yang menyamai mahupun dapat menandingi kekuassan Allah dan kebiasaannya dosa syirik yang masyarakat fahami adalah menyembah berhala.

Namun awas, kerana syirik juga berlaku apabila kita mempercayai ada sistem lain yang dapat menandingi sistem dan undang-undang yang Allah turunkan. Contohnya sistem kewangan, perniagaan dan pemerintahan yang bertentangan dengan Islam. Begitu juga jika kita mempertikaikan hukum yang qath'i(tidak boleh diubah dan disepakati) yang telah termaktub di dalam Al-quran dan Al-Hadis. Maka hendaklah kita yakin bahwa hukum Allah adalah yang terbaik sebagaimana kita diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi.

Penyertaan program ini amat memberangsangkan dengan kehadiran hampir mencecah 50 peserta termasuk pimpinan DPPKL dan masyarakat Kg. Batu 10. Syabas dan tahniah buat warga DPPKL kerana berjaya menganjurkan program yang membentuk kerohanian yang utuh dan mantap seperti ini. Semoga ia akan berterusan hingga Hari Kebangkitan dan dapat melahirkan masyarakat yang berjiwa HAMBA..

0 ulasan:

Post a Comment