Seminar Pengurusan Pendidikan Pra sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI






Seminar Pengurusan Pendidikan Pra sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Tempat : Pusat Komuniti Taman Dato Hormat,Telok Panglima Garang.Kuala langat
,Selangor

Tarikh: 5 julai 2009,Hari Ahad.

Penceramah 1.Haji Rosli Darius - Pengurusan Pasti (Falsafah pendidikan, Matlamat pendidikan dan pengurusan kewangan).

Penceramah 2.En Rousman Abdul Rahman - Peranan Pengurus Pasti Selangor dalam memartabatkan misi dakwah islam pada abad ke 21.

Penyertaan seramai 40 orang pengurus termasuk bendahari dan setiausaha setiap pasti cawangan di seluruh kuala langat.

Seluruh pasti cawangan di kuala langat iaitu 13 buah pasti yang terlibat.

Program ini dianjurkan oleh Pasti Kawasan Kuala Langat.

Tujuan:
- Memantapkan pengurusan pentadbiran Pusat Asuhan Tunas Islam pada waktu yang sama memastikan kualiti pendidikan pra sekolah berteraskan pendidikan Islam terus diperkembangkan.

- Memberi peluang kepada pengurus setiap cawangan pasti menyuarakan masalah, pandangan tentang situasi pasti masing-masing serta membuka ruang perbincangan dengan wakil dari Pasti Negeri Selangor.

- Melihat peluang-peluang pendidikan yang boleh memantapkan lagi kualiti pengajaran dan pendidikan pra sekolah.

Mohd Badrulhisham A.Mubin - Pengerusi Pasti Kawasan Kuala Langat.
'Adalah diharapkan pengurusan pasti dan guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme pendidikan pra sekolah bukan saja membantu dan memudahkan pihak sekolah diperingkat rendah, tetapi memastikan setiap pasti menggungguli kualiti pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan negara,

'Saya juga mengharapkan pelajat yang keluar dari pasti dapat bersaing dengan pelajar lain serta membantu mereka meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran.'

0 ulasan:

Post a Comment