gegarkan UMNO!




Assalamualaikum…

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH.

PINTAS sedang bermula? Kita tak perlu senyum terlalu lama untuk menyaksikan kerja buat mereka. Tanpa PINTAS pun sudah seribu bahkan beribu onar telah mereka lemparkan kepada kita. Membuatkan kita sedikit gugup, langkah terhenti seketika, tercari-cari mana kawan dan mana musuh dan terpaksa pula mencari jalan mengalihkan onar di tengah jalan yang kita tempuh.

Menghalang penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat mungkin peringkat awal kerja laknat mereka. Sibuk diperbesarkan isu Pakatan Rakyat tidak kukuh. Padahal mereka yang dah tak lama. Saling tidak mempercayai antara satu sama lain katanya. Kumpul pula bekas-bekas ketua kampong untuk tunjuk kebersamaan mereka dengan Kerajaan Pusat. UMNO la tu. Memang UMNO akan dok sama dengan UMNO. Lega ketua kampong ni pun sudah ditukar. Selepas itu banyak isu-isu yang dibawa lagi. Kes babi di Tumbuk. UMNO juga yang mula-mula luluskan. Kes Eli. Ini memang masalah orang bukan Islam. Namun kita perlu dakwah bukan pangkah. Kes perletakan jawatan dua orang kuat Perhubungan Negeri PAS. Alhamdulillah selesai juga dengan baik. Insyallah berterusan. Kes Teresa halang azan. Sebuah kes yang tiada kes. Serbu ahli exco kerajaan negeri dan pembantu-pembantunya. Jadi penyebab kematian Teoh. Ini kerja UMNO dari luar.

Apa kerja mereka dari dalam kerajaan? Melalui pegawai-pegawai yang masih ada dalam MAIS, JAIS, agensi-agensi lain bahkan dalam SUK dan bangunan MSSAAS sendiri. Mereka mencacamarbakan sebahagian perlantikan ketua kampong baru, sebahagian pemilihan AJK masjid-masjid, mengenepikan exco agama dalam banyak keputusan penting dan banyak lagi kerja-kerja bak dajal sebelum dajal yang dibuat.

Tudak kurang juga perhatian kita kepada pegawai-pegawai di PBT-PBT seluruh Selangor. Kes arak di Shah ALam mungkin sebahagian kerja mereka. Saya berkeyakinan banyak lagi yang mereka akan buat. Tanyalah kepada Ahli MAjlis kita. Berapa banyak penguatkuasaan yang patut dibuat tidak dijalankan dengan berkesan. Lihat sahaj gelagat Penguatkuasa apabila menyerbu premis judi kecil-kecilan. Konon beriya tetapi tiada hasil. Premis judi haram bagai mampu mendengar bunyi kenderaan Penguatkuasa yang baru sahaja dihidupkan untuk bergerak menyerbu mereka. Selain itu, mereka akan kuatkuasakan banyak lagi undang-undang kecil di PBT-PBT yang selama ini sejak PBT itu ditubuhkan pun mungkin tidak pernah dilaksanakan. Berapa banyak tanaman yang ada di keliling taman perumahan? Tidak terkira. Tidak pernah ada penguatkuasaan. Kalau ada pun hanya berkaitan tanaman di sekitar padang-padang awam. Tanaman di keliling rumah tidak diganggu. Saman rm 2000 untuk yang ingkar. Wah! Banyak untunglah Majlid selepas ini. Bila saman, penduduk tension, mengamuk dan marah-marah. Buat demo terus. Kerajaan baru memang mendatangkan banyak masalah katanya. Ini hanya contoh. Kemungkin sebegini terlalu besar. Mereka banyak berada dalam bahagian penguatkuasaan negeri. Memang senjata yang menarik untuk digunakan bagi menghuru-harakan kerajaan negeri.

Mari sahabat-sahabat. Kita bangkit. Gegarkan otak kita. Hidupkan debar di jiwa. Bukan untuk menunjukkan rasa takut tapi untuk menggerakkan idea bernas menghadapi petualang-petualang ini. Jika rasa kereka jelas buat sesuatu yang songsang. Jangan takut-takut untuk kita buat pertemuan dengan mereka berdepan. Ramai-ramai. Nak jumpa Pengarah JAIS yang dikasihi. Kita pergi beramai=ramai. Biar gegar fikiran kita akan menggegarkan kedudukan dia dan mereka. Jangan biar mereka senang hati merancang kehancuran Pakatan kita selaku kerajaan tanpa gegar-gegar dalam perjalanan mereka. Hancurkan UMNO dan konco-konconya!


assaury

0 ulasan:

Post a Comment