pROGRAM BADMINTON BELIA JKKK KG MEDAN

Badminton Anjuran JKKK Belia Kg Medan PDF Print E-mail
Monday, 10 August 2009

Image9Hb Ogos 2009. Dewan orang ramai Kampung Medan.

JKKK Kampung Medan di bawah biro belia telah mengadakan pertandingan badminton tertutup. Pertandingan ini diadakan selama 2 hari yang bermula pada 8hh ogos dan berakhir pada hari ini.


Biro belia kampung medan iaitu En. Azhar Badar berkata, tujuan mengadakan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat badminton yang ada di kampung medan dalam bidang badminton disamping mencuba kemampuan biro belia kampung medan dalam mengadakan aktiviti. Difahamkan juga bahawa kebanyakkan AJK biro belia adalah dikalangan orang baru.

ImageDalam ucapan penutup yang dibuat oleh ADUN Sijangkang, YB Dr Ahmad Yunus hairi mengucapkan tahniah kepada biro belia kampung medan kerana Berjaya mengadakan kejohanan badminton ini. Denga kejayaan ini diharapkan belia kampung medan akan bertambah lagi aktiv dalam mengadakan aktiviti-aktivi kepada belia-belia khasnya belia kampung medan di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam apa bidang sekali pun.

ImageDalam pertandingan ini, sebanyak 20 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada belia-belia kampung medan. Pasukan Shazuan dan Haizul Nizam telah menjuarai pertandingan ini dan tempat kedua adalah pasukan abu Zaid dan Firdaus. Hadiah-hadiah pemenang ini telah ditaja oleh Maxoil. Shah

0 ulasan:

Post a Comment