Mari Mewarnai Alam Remaja (MAWAR ’09) | ![]() | ![]() | ![]() |
Monday, 10 August 2009 | |
9 hb Ogos 2009. Dewan telok Panglima Garang.
Dalam sessi ini juga dibentangkang mengenai bahana seks luar nikah dan statistik mengenai anak luar nikah dimalaysia, sangat membimbangkan. Froum ini juga menerangkan berkenaan kelebihan-kelebihan menutup aurat, bukan sahaja satu kewajipan dari segi keagamaan tetapi keuntungan dari segi moral bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga masyarakat .
Apabila penceramah ditanya “ Adakah dating itu atau cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”. “ Ya!!!!… kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan terusik, kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian cari tempat yang sunyi sikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Sebenarnya itulah jalan menuju kepada penzinaan yang amat banyak.”
Penutupan program ini telak disempurnakan oleh YB ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada NISA kerana berjaya mengadakan program mawar, yang mana dengan adanya program ini dapat serba sedikit menyedarkan kepada bakal-bakal remaja tentang bahaya-bahaya yang akan dihadapi oleh remaja dan kaedah-kaedah yang perlu untuk mengatasi bahaya tersebut. Beliau juga menasihati kepada peserta-peserta tentang perlunya agama, kerana agamalah yang dapat melindungi dari segala bahaya yang bakal dihadapi.
|
0 ulasan:
Post a Comment